combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Mekanisme Baharu SKDS Perkukuh Ekonomi, Tingkat Kecekapan Subsidi Bersasar - Penganalisis
Kanan, Professor Dr Ahmad Shahrul Nizam Isha dan kiri Prof Dr Ramlee Ismail
Penambahbaikan mekanisme Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dilihat berkesan dalam memastikan sistem penyaluran bantuan kerajaan yang lebih bersasar dan berupaya melindungi keutuhan kedudukan fiskal negara.
Pensyarah Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Dr Ramlee Ismail berkata penambahbaikan mekanisme SKDS itu satu tindakan strategik demi menjamin keberkesanan agihan kepada sektor ekonomi dan pengusaha mikro yang memerlukan.
“Peluasan SKDS dijangka memberi manfaat kepada lebih banyak pengusaha yang terlibat dalam aktiviti pengangkutan, perkhidmatan, perbekalan dan penghantaran, khususnya bagi pengusaha mikro.
“Langkah ini mampu membantu mengurangkan kos operasi perniagaan, meningkatkan daya saing perusahaan tempatan serta memastikan kelancaran rantaian perkhidmatan dan bekalan yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata bagi sektor logistik termasuk makanan, pertanian, pembekalan keperluan pendidikan, peralatan sekolah, pelancongan serta pelbagai sektor strategik lain, akses kepada diesel bersubsidi akan turut memastikan perkhidmatan kepada masyarakat dapat diteruskan secara berkesan.
Pengarah Pusat Antarabangsa, Mobiliti dan Pengembangan Pendidikan (IMAC) UPSI itu berkata peluasan SKDS bukan sekadar satu inisiatif subsidi bahan api, malah langkah penting ke arah sistem penyampaian bantuan yang lebih cekap, mampan dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran ekonomi negara.
“Dengan krisis di Asia Barat yang belum menampakkan tanda-tanda untuk berakhir, faktor harga minyak akan beralih kepada berapa banyak bekalan yang kita ada dan sampai bila stok boleh bertahan,” katanya.
“Oleh itu, penggunaan yang berhemah dan berkeperluan juga perlu diambil ambil kira oleh kerajaan,” katanya dan menambah SKDS perlu disokong oleh dasar lain seperti peluasan bekerja dari rumah (BDR) ke seluruh negara bagi sektor yang sesuai.