BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JBPM Perkukuh Kecekapan, Optimum Penggunaan Sumber Hadapi Cabaran Ekonomi - KP

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,147
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,147
Reaction score
346
Points
141
3757b586b38a3b106b3dcba242808f8d69f86e2875486

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengoptimumkan penggunaan sumber secara strategik bagi mendepani cabaran semasa termasuk tekanan kewangan akibat ketidakstabilan ekonomi global, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Nor Hisham Mohammad.

Beliau berkata ketidakstabilan ekonomi dunia termasuk kesan krisis di Asia Barat telah menyebabkan pelbagai kekangan terutamanya dari aspek pengurusan kewangan serta lonjakan harga pasaran bahan api.

"Namun jabatan kekal optimis untuk terus melaksanakan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan,” katanya dalam kenyataan sempena Sambutan Hari Bomba Sedunia 2026 hari ini.

Nor Hisham berkata pendekatan itu melibatkan penjimatan serta penerokaan kaedah operasi lebih inovatif termasuk model Kerjasama Awam-Swasta-Rakyat (4P).

Beliau berkata JBPM juga akan terus menambah baik keupayaan pengurusan operasi dan pentadbiran termasuk penambahbaikan aset, latihan berterusan, integrasi teknologi dan pengukuhan strategi kesiapsiagaan.

"Menjunjung prinsip Work More With Less, membuktikan bahawa keterbatasan bukan penghalang untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

“Jangan dipersoal apa yang negara beri kepada kita, sebaliknya tanya pada diri apa yang patut kita berikan kepada negara,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Hisham berkata JBPM turut memperkukuh aspek kebajikan, keselamatan dan sokongan psikososial anggota memandangkan tugas mereka yang sentiasa terdedah kepada pelbagai risiko.

“Kita sedar tugas sebagai anggota bomba saban hari tidak boleh lari daripada terdedah kepada pelbagai risiko, baik dalaman mahupun luaran.

 
Back
Top
Log in Register