BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCKK Perlu Lakar Semula Peranan Dalam Era Moden - Sultan Nazrin

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MCKK Perlu Lakar Semula Peranan Dalam Era Moden - Sultan Nazrin​

826da5699cf573babf38a3aa8f7255796a77159bd7d55

8315b14382004156a6f209a794264df16a77173c0489c

6b221b074293f674314b7c7ecfcb2fca6a7715fe4d00a

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menyampaikan titah diraja pada Majlis Pelancaran Buku dan Kutipan Dana MCKK di Bangunan Sultan Abdul Samad, hari ini.

Sekolah berprestij dan bersejarah seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) berpotensi kembali menyerlah serta memainkan peranan lebih relevan dalam era moden dengan menyesuaikan pendekatan pendidikan selaras dengan perubahan semasa.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah pendekatan baharu diperlukan bagi memenuhi tuntutan zaman, namun pada masa sama perlu berteraskan asas etika dan pendidikan kukuh yang sekian lama menjadi identiti institusi berkenaan.

Baginda yang juga Penaung Diraja Lembaga Pengelola MCKK bertitah MCKK dan sekolah seumpamanya perlu menyesuaikan diri serta melakukan transformasi bagi menghadapi realiti baharu, khususnya masa depan yang semakin dipengaruhi kecerdasan buatan (AI) dan perkembangan pesat teknologi.

“Ini tugas mendesak kita, iaitu melakukan persediaan, menyesuaikan sistem pendidikan serta membayangkan semula dan memperlengkapkannya agar dapat memenuhi keperluan dengan lebih berkesan.

“Dengan itu, generasi akan datang akan lebih bersedia memanfaatkan peluang dalam era AI yang sedang kita tempuhi,” titah baginda ketika melancarkan buku Breaking, But Not Broken yang mengupas secara terbuka cabaran semasa dihadapi sekolah berasrama penuh berprestij itu di sini hari ini.

Sultan Nazrin bertitah matlamat pendidikan bukan sekadar melahirkan modal insan yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi akibat kemajuan teknologi, malah membentuk generasi muda yang seimbang dari segi kemahiran, kepekaan dan nilai bagi membolehkan mereka memainkan peranan bermakna dalam masyarakat.

“Kedua-dua elemen, sama ada bersifat praktikal mahupun tidak ketara, sentiasa penting. Namun dalam tempoh perubahan yang begitu drastik dan sukar dijangka ketika ini, sistem pendidikan perlu lebih berupaya membentuk kedua-dua aspek berkenaan,” titah baginda.

Mengenai Breaking, But Not Broken, Sultan Nazrin memuji keberanian penulisnya Ghazally Ismail, Ahmad Ibrahim dan Hisham Badrul Hashim mengetengahkan perkara sensitif berkaitan cabaran yang dihadapi MCKK.

Baginda bertitah analisis yang dikemukakan penulis mengenai cabaran itu dibuat secara terus terang dan ada kalanya agak keras.

 
Back
Top
Log in Register