BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perluas Peranan Masjid, Bantu Tangani Cabaran Semasa - Sultan Nazrin

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
2bf28a112643d0d773a13daf8f80677169437f2863c75

88b7883f27d9aa425b9c1069511dfa8469437f90e2e51

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah

Masjid perlu keluar daripada peranan lapuk dan mengambil tanggungjawab membantu menangani cabaran serta masalah yang dihadapi oleh ummah semasa, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah ahli jawatankuasa dan kariah masjid tidak boleh "memekakkan telinga" dan "memejamkan mata" terhadap isu yang mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan ummah.

Sebaliknya, baginda bertitah mereka perlu menjadikan masjid berperanan aktif dalam membantu menangani isu termasuk keterjaminan makanan, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar serta isu kesihatan rakyat.

“Atas fahaman bahawa banyak masjid memiliki kawasan tanah yang boleh dioptimumkan penggunaannya, masjid hendaklah bergerak aktif dalam program keterjaminan makanan, menyuburkan kawasan masjid dengan tanaman sayur dan pohon buah-buahan.

“Beta hargai usaha dan bantuan yang telah dihulurkan oleh Jabatan Pertanian menjayakan program keterjaminan makanan di 118 masjid di Perak, kejayaan awal ini hendaklah menjadi pendorong untuk lebih banyak jawatankuasa masjid menggiatkan ahli-ahli kariah menghasilkan bahan makanan di tanah-tanah milik masjid,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika berangkat ke Majlis Pengurniaan Watikah Yang Dipertua dan anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Hakim Mahkamah Syariah Perak dan Ahli Majlis Perundingan Masjid serta Penyerahan Zakat Perniagaan dan Pendapatan di sini hari ini.

Baginda bertitah masjid juga boleh berperanan dalam memberikan kesedaran tentang kelestarian bumi melalui program masjid lestari yang menumpukan pengurusan bahan buangan, pengurangan penggunaan bahan plastik dan memperkenalkan program kitar semula.

“Jawatankuasa dan pegawai masjid secara aktif hendaklah melaksanakan program pemuliharaan alam sekitar melalui program kitar semula, antaranya menjadikan sisa buangan makanan daripada jamuan yang diadakan untuk dijadikan baja kompos, meminimumkan penggunaan plastik sekali guna dan menyediakan tempat kariah menyerahkan bahan-bahan terpakai yang masih elok dan boleh digunakan untuk manfaat mereka yang memerlukan,” titah baginda.

Sultan Nazirn bertitah program masjid hijau juga boleh dilaksanakan melalui amalan teknologi hijau seperti penggunaan tenaga solar, sistem pengumpulan air hujan dan pengurusan sisa secara efisien serta memberikan pendidikan alam sekitar dan kepentingan biodiversiti melalui siri tazkirah dan ceramah secara berkala.

 
Back
Top
Log in Register