notepad
Legendary Member

- Messages
- 11,550
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 11,550
- Reaction score
- 1,264
- Points
- 206
McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan RM2 juta

Ahmad Marzuk (belakang tiga kiri) bergambar bersama Azmir Jaafar (belakang dua kiri) dan wakil-wakil majlis agama islam negeri ketika majlis penyampaian zakat perniagaan oleh McDonald's Malaysia di Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Putrajaya: McDonald's Malaysia menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada pusat pungutan zakat negeri di seluruh negara dalam usaha membantu golongan memerlukan.
Pembayaran zakat pada tahun ini adalah jumlah terbesar dilakukan McDonald's Malaysia sejak lima tahun lalu, selepas diambil alih oleh anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi, Lionhorn Pte Ltd.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar berkata, pembayaran zakat adalah tuntutan keagamaan buat syarikat itu sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam.
"Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai teras McDonald's Malaysia, sama ada menerusi program tanggungjawab sosial korporat mahupun sumbangan zakat.
"Sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan operasi di lebih 300 restoran di seluruh negara, menyantuni komuniti di tempat kami beroperasi sentiasa menjadi keutamaan.
"Malah, sumbangan (pembayaran zakat) amat bermakna di mana kami mampu menyumbang sebanyak RM2 juta bagi membantu komuniti yang amat memerlukan," katanya ketika berucap di majlis penyampaian zakat di McDonald's Presint 2, di sini, hari ini.
Penyerahan zakat perniagaan kepada wakil 14 pusat pungutan zakat terbabit disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Katanya, dengan sumbangan McDonald's Malaysia kepada pusat pungutan zakat negeri terbabit, ia mampu membantu golongan miskin di seluruh negara.
Sementara itu, Ahmad Marzuk berkata, beliau berharap pembayaran zakat perniagaan oleh McDonald's Malaysia dapat membantu pusat pungutan zakat di seluruh negara.
"Ia mampu menyediakan bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan serta meneruskan penyaluran bantuan dalam pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan pendidikan," katanya.

McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan RM2 juta | Harian Metro
Putrajaya: McDonald’s Malaysia menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada pusat pungutan zakat negeri di seluruh negara dalam usaha membantu golongan memerlukan.
