BTC USD 27,502.8 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan RM2 juta

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,716
Joined
Apr 15, 2012
Messages
34,716
Reaction score
3,004
Points
266
Awards
1
McDONALD'S MALAYSIA MEMBAYAR ZAKAT KORPORAT SEBANYAK RM180 RIBU KEPADA PUSAT KUTIPAN ZAKAT MELAKA
19 May 2022
ic_fb_red.svg
ic_twitter_red.svg
ic_mail_red.svg


pic5.jpeg


Pada 17 Mei 2022, McDonald's telah menganjurkan Majlis Pembayaran Zakat Korporat di Melaka bagi menyerahkan zakat sebanyak RM180,000 kepada Pusat Kutipan Zakat Melaka/MAIM, untuk tahun 2022.

Pada majlis tersebut, McDonald's juga telah meraikan Anak-Anak Yatim Kompleks Fatimah Al-Zaharah, dengan menghidangkan mereka juadah Hari Raya serta menyerahkan duit raya.

Melaka adalah negeri ke-6 menerima zakat korporat dari McDonald's Malaysia pada tahun ini. Sehingga tahun 2022, McDonald’s Malaysia akan membayar zakat perniagaan berjumlah RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia sejak syarikat mula membayar zakat pada tahun 2017.

pic6.jpeg

pic1.jpeg

pic2.jpeg

pic3.jpeg

pic4.jpeg


 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,716
Joined
Apr 15, 2012
Messages
34,716
Reaction score
3,004
Points
266
Awards
1
McDonald’s Malaysia Serah Zakat Perniagaan RM500 ribu Kepada PPZ-MAIWP, Hulur Sumbangan Ramadhan
08 Apr 2022
ic_fb_red.svg
ic_twitter_red.svg
ic_mail_red.svg


zakat_danau_kota_01.jpg


KUALA LUMPUR, 8 April 2022 - McDonald’s Malaysia hari ini telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM500 ribu kepada Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi tahun 2022. Ini merupakan jumlah tertinggi semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar Zakat perniagaan lima tahun lalu, sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd pada tahun 2017, sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

Majlis pembayaran zakat perniagaan ini telah dihadiri oleh Ustaz Nizam Bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menyaksikan penyerahan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia oleh Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia kepada Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sehingga tahun ini, McDonald’s Malaysia akan membayar zakat perniagaan berjumlah RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia sejak syarikat mula membayar zakat pada tahun 2017.

Sebagai pengiktirafan kepada McDonald’s Malaysia yang telah berterusan menjalankan tanggangjawab mereka sebagai sebuah entiti perniagaan milik umat Islam, PPZ-MAIWP telah sekali lagi menyerahkan Sijil Pembayar Zakat Perniagaan kepada McDonald’s Malaysia. Sijil ini akan dipamerkan di lebih 40 buah restoran McDonald’s di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Bayaran zakat perniagaan ini merupakan salah satu dari inisiatif kami bagi menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan yang juga merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PPZ-MAIWP atas penyerahan Sijil Pembayar Zakat Perniagaan kepada McDonald’s Malaysia. Diharap dengan sijil-sijil yang akan dipamerkan di restoran kami, keyakinan masyarakat terhadap syarikat kami akan tetap utuh,” kata Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia.

“Tahniah diucapkan kepada McDonald’s Malaysia kerana menjadi satu syarikat contoh yang boleh diikuti oleh syarikat lain. Sebagai satu nama besar, kami yakin McDonald’s Malaysia mampu mempengaruhi lebih banyak syarikat di luar sana untuk menunaikan zakat perniagaan sekaligus dapat membantu meningkatkan ekonomi asnaf.

“Bulan Ramadan ini adalah masa yang terbaik untuk kita melipatgandakan ibadah. Oleh itu, ambillah kesempatan pada bulan ini untuk berbuat kebaikan dengan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan sebagai tanda kita mensyukuri nikmat yang diberi oleh Allah SWT,” kata Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

“MAIWP dalam pada itu menzahirkan rasa penghargaan McDonald’s Malaysia atas komitmen berterusan melunaskan rukun Islam ke empat ini. MAIWP terus mengharapkan kesedaran syarikat-syarikat besar untuk membayar zakat kepada Majlis Agama atau Pusat Zakat Negeri kerana dengan wang zakat anda inilah, kami akan terus dapat menyantuni masyarakat Islam terutamanya asnaf yang memerlukan. Insyaallah, kita harap kolaborasi strategik sebegini akan diteruskan dari masa ke masa dalam usaha kita membantu asnaf meneruskan kelansungan hidup,” ujar Encik Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

McDonald’s Malaysia juga telah mengadakan Program Ziarah Komuniti Asnaf, dengan menyantuni 50 buah keluarga asnaf di sekitar kawasan Danau Kota, Kuala Lumpur dan menyerahkan sumbangan wakalah agihan dalam bentuk ‘kotak rezeki’ dan duit raya.

McDonald’s Malaysia telah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Reza Group di Arab Saudi pada 1 Disember 2016. Dengan pengambilalihan ini, syarikat khidmat segera itu kini dimiliki oleh pemegang saham atau pelabur yang majoritinya terdiri daripada umat Islam.

Selain membayar Zakat, McDonald's Malaysia juga bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Development Corporation untuk terus mendukung komitmen Halal dan melibatkan diri dalam aktiviti Halal dalam semua aspek perniagaan. McDonald’s Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference.
-TAMAT-

zakat_danau_kota_02.jpg

zakat_danau_kota_03.jpg

zakat_danau_kota_04.jpg

zakat_danau_kota_05.jpg

zakat_danau_kota_06.jpg

zakat_danau_kota_07.jpg


 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,716
Joined
Apr 15, 2012
Messages
34,716
Reaction score
3,004
Points
266
Awards
1
Nikmati McDonald’s tanpa keraguan, diiktiraf Halal oleh Jakim
| | 01 Jun 2022

1793041.jpg

Kru McDonald’s sentiasa mementingkan kebersihan.
A
A
Meluangkan masa dan menjamu selera di McDonald’s telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup terkini.

Pasti tidak ramai yang akan menolak jika dipelawa untuk menikmati keenakan ayam goreng yang rangup dan berjus serta aneka jenis burger untuk memenuhi pelbagai cita rasa.

Hidangan di restoran McDonald’s sememangnya tidak pernah mengecewakan, ini adalah satu kenyataan.

Malah hidangan McDonald’s sentiasa mampu menambat hati dan memenuhi kehendak setiap lapisan usia.

Sehubungan itu, McDonald’s Malaysia amat menitikberatkan pematuhan halal, begitu juga dengan kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang dihidangkan kepada setiap pelanggan.

Komitmen berterusan McDonald’s Malaysia di dalam mematuhi keperluan halal dapat dilihat dalam Polisi Halal McDonald’s iaitu:

“McDonald’s Malaysia berpegang teguh kepada prinsip halal dengan memastikan setiap hidangan yang disajikan menepati syarat dan tuntutan yang ditetapkan di dalam Manual Pensijilan Halal Malaysia demi menyempurnakan amanah pelanggan untuk memastikan hidangan yang disajikan halal dan berkualiti.”

Pada 2013, McDonald’s Malaysia telah membangunkan Sistem Jaminan Halal bagi memastikan rantaian halal dari ladang hingga ke meja hidangan pelanggan tidak terputus.

Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia turut dibantu oleh dua penasihat syariah bebas yang dilantik bagi memastikan keberkesanan Sistem Jaminan Halal Syarikat.

Audit Halal Dalaman juga dilakukan di restoran bagi membantu pihak syarikat mengenal pasti jurang antara pelaksanaan dan SOP bertulis untuk proses penambahbaikan Sistem Jaminan Halal yang sedia ada.

Kawalan Kualiti Bahan Mentah

Daging lembu untuk burger McDonald’s dibekal dari Australia dan New Zealand yang disahkan Halal oleh pihak Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
McDonald’s Malaysia hanya berurusan dengan pembekal-pembekal yang mempunyai sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ataupun daripada Badan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh pihak Jakim.
Bagi setiap penambahan menu baru, McDonald’s akan mendapat pengesahan Jakim supaya mematuhi keperluan Pensijilan Halal Jakim.

Untuk memastikan kualiti ayam yang digunakan oleh McDonald’s Malaysia sentiasa dipelihara, setiap pembekal perlu melalui audit terperinci untuk menghasilkan ayam yang sihat, diberikan cukup makanan dan berkualiti.

Daging lembu untuk burger McDonald’s yang menjadi kegemaran ramai, dibekal oleh pembekal dari Australia dan New Zealand yang disahkan Halal oleh pihak Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

McDonald’s Malaysia - Antara Restoran Khidmat Segera pertama di Malaysia diiktiraf Halal oleh Jakim.

Bagi memastikan rantaian proses halal tidak terputus, McDonald’s Malaysia mengamalkan konsep pembelian berpusat di mana semua pembekal akan menghantar bekalan ke gudang dan pihak gudang akan menghantar ke semua restoran di seluruh Malaysia.

Bahan mentah yang dihantar ke restoran McDonald’s dan makanan yang disediakan adalah mengikut tempahan semasa agar semua makanan yang disediakan adalah segar dan untuk meminimumkan pembaziran.

Keselamatan Makanan Terjamin

Status halal bukan sahaja terpakai kepada bahan mentah atau makanan, malahan ia turut melibatkan kebersihan premis dan kakitangan.

Semua ahli kru restoran juga telah lengkap divaksin dan juga di setiap dapur restoran McDonald’s mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pekerja Muslim untuk memenuhi piawaian pensijilan Halal.

Kesimpulannya, McDonald’s Malaysia mempunyai Sistem Jaminan Halal yang menyeluruh, merangkumi sumber bahan yang halal, sistem penghantaran, sistem kebersihan, kualiti dan juga keselamatan makanan.

Ini adalah sebahagian daripada komitmen utama McDonald’s Malaysia untuk menghidangkan makanan yang halal, sedap dan berkualiti untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Kebersihan restoran dan kawasan dapur menjadi keutamaan ahli kru di semua restoran McDonald’s Malaysia.

Yang perlu anda tahu tentang McDonald’s:
• Antara Restoran Khidmat Segera pertama di Malaysia diiktiraf Halal oleh Jakim.

• Semua hidangan McDonald’s Malaysia dijamin Halal.

• McDonald’s Malaysia membina Sistem Jaminan Halal pada tahun 2013.

• Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia melantik 2 penasihat syariah bebas.

• Pembekal dalam negara mestilah yang disahkan sijil Halal daripada Jakim.

• Pembekal luar negara mestilah yang disahkan sijil Halal daripada Badan Halal Luar Negara yang diiktiraf Jakim.

• Pembekal ayam perlu melalui audit terperinci seperti Bio Security, kebajikan, kualiti haiwan hinggalah urusan penyembelihan.

• Semua pembekal daging lembu dari Australia dan New Zealand disahkan Halal oleh Jakim.

• Sistem penyejukan khusus ditetapkan antara -18 hingga -23°C untuk mengekalkan kualiti dan kesegaran

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...lds-tanpa-keraguan-diiktiraf-Halal-oleh-Jakim
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

Top
Log in Register