afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,228
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,228
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
MB Perlis nafi layan Adun PAS seperti pembangkang
Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata isu tersebut hanya membabitkan kumpulan yang menyokong bekas menteri besar Shukri Ramli. (Gambar Facebook)
Abu Bakar berkata kerajaan negeri sentiasa bergerak atas semangat setiakawan Perikatan Nasional (PN) malah setiap keputusan dasar diputuskan secara bersama melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, lapor Utusan Malaysia.
Katanya, beliau juga mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan PAS Perlis dan isu tersebut hanya membabitkan kumpulan yang menyokong bekas menteri besar Shukri Ramli.
“Buktikan dakwaan dilontarkan oleh perwakilan Pemuda PAS Perlis itu yang juga menantu Shukri.
“Desakan Pemuda PAS Perlis untuk mengambil tindakan tegas kepada saya juga adalah tidak berasas, bersifat emosi dan bermotifkan agenda peribadi segelintir pihak yang kecewa,” katanya yang dipetik sebagai berkata dalam sidang akhbar di Kangar.
Abu Bakar turut menjelaskan bahawa pengguguran atau pertukaran beberapa lantikan politik sebelum ini seperti ahli majlis dibuat demi membaiki kecekapan dan salah laku yang berlaku.
Semalam, perwakilan Pemuda PAS Perlis, Ali Na’imi Ahmad Aziz menggesa pucuk pimpinan parti dan PN mempertimbangkan tindakan tegas terhadap Abu Bakar yang didakwa semakin mencalarkan imej PN dan PAS di negeri itu.
Beliau juga mendakwa Adun PAS dilayan seperti wakil rakyat pembangkang, selain memecat dan menggugurkan beberapa lantikan politik daripada PAS.
Abu Bakar dilantik sebagai menteri besar Perlis yang kesembilan pada Disember, menggantikan Shukri Ramli daripada PAS yang meletak jawatan atas faktor kesihatan.
Pelantikannya berlaku ketika krisis politik di Perlis, yang menyaksikan lapan Adun PN, termasuk lima daripada Bersatu, dilaporkan mengemukakan akuan berkanun menarik balik sokongan terhadap Shukri.
Krisis politik Perlis akhirnya menyaksikan PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu, walaupun kedua-dua parti itu kekal dalam PN.