afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,296
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,296
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Kedudukan kerusi Adun DAP Melaka berubah ke blok pembangkang
Speaker DUN Melaka Ibrahim Durum berharap semua Adun dapat mengambil bahagian dalam persidangan dengan penuh disiplin walaupun kedudukan sebahagian daripada ahli diubah. (Gambar Bernama)
Semua Adun itu kini ditempatkan bersama wakil rakyat Perikatan Nasional dan bebas selepas mereka mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) semalam.
Mereka ialah Allex Seah Shoo Chin (PH-Kesidang), Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana), Leng Chau Yen (PH-Banda Hilir) dan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh).
Bagaimanapun, kedudukan wakil tunggal Amanah yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari (PH-Bukit Katil) pula kekal bersama blok kerajaan, dan dijarakkan daripada empat Adun berkenaan.
Speaker DUN Melaka, Ibrahim Durum, dalam ucapannya berharap semua Adun dapat mengambil bahagian dalam persidangan hari ini dengan penuh disiplin, berhemah, bersopan dan mematuhi peraturan-peraturan dewan.
“…walaupun kedudukan sebahagian daripada ahli-ahli Dewan Undangan telah pun diubah,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon DAP Melaka menangguhkan keputusan parti itu untuk keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri bagi menumpukan pembangunan dan kebajikan rakyat.
Ia susulan tindakan DAP Melaka yang mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri serta-merta selepas DUN meluluskan pindaan perlembagaan negeri bagi membolehkan pelantikan Adun secara lantikan.
Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata keputusan itu selaras pendirian parti yang menolak rang undang-undang berkenaan kerana didakwa bercanggah prinsip demokrasi dan pilihan raya.