afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,229
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,229
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Layan seperti pembangkang, Pemuda PAS Perlis gesa tindakan terhadap MB
Perwakilan Pemuda PAS Perlis Ali Na’imi Ahmad Azizi, berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius memandangkan Perlis ditadbir kerajaan PN bersama PAS.
Perwakilannya, Ali Na’imi Ahmad Azizi, berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius memandangkan Perlis ditadbir kerajaan PN bersama PAS.
Beliau mendakwa Adun PAS dilayan seperti wakil rakyat pembangkang, selain memecat dan menggugurkan beberapa lantikan politik daripada PAS.
“Kami Pemuda PAS Perlis memohon kepada pimpinan PAS serta PN untuk mempertimbangkan satu tindakan yang keras kepada menteri besar Perlis kerana semakin lama dilihat mencalarkan imej PN dan secara tidak langsung kepada PAS Perlis sendiri.
“Kami kini rasa kerajaan negeri seolah-olah melayan Adun PAS seperti pembangkang. Kerajaan negeri juga dilihat mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap lantikan politik daripada PAS dengan memecat dan gugurkan mereka sebagai ahli majlis,” katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke-67.
Mengulas usaha penyatuan ummah yang diperjuangkan PAS, Ali berkata cabaran sebenar agenda itu bukan sekadar untuk mencapai kejayaan, tetapi bagaimana memastikan kesatuan terus terpelihara apabila kejayaan mula berada di hadapan.
“Ketika belum berjaya, manusia mudah bersatu pada matlamat. Kita sanggup susah bersama, kita korbankan masa bersama dan menghadapi tentangan bersama.
“Tetapi apabila Allah mula memberikan kejayaan, hadir pula ujian yang jauh lebih halus iaitu jawatan, kedudukan, pengaruh, penghormatan dan pengiktirafan,” katanya.
Menurutnya, perebutan jawatan dan pengaruh boleh menjejaskan hubungan sesama anggota parti sekiranya tidak dikawal dengan akhlak dan disiplin.
Beliau mengingatkan supaya perbezaan pandangan serta teguran tidak dijadikan alasan untuk memutuskan persahabatan atau menimbulkan perpecahan.
“Jangan kerana jawatan kita kehilangan sahabat, jangan kerana kekecewaan kita kehilangan adab dan jangan kerana pandangan tidak diterima kita mula mengadu domba,” katanya.