afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,224
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,224
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
2 Adun Bersatu sokong pimpinan MB Pahang
Adun Kuala Sentul Jasri Jamaludin dan Adun Lepar Mohd Yazid Mohd Yunus dalam kenyatan, berkata muafakat telah dicapai bersama Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.
Adun Kuala Sentul Jasri Jamaludin dan Adun Lepar Mohd Yazid Mohd Yunus, dalam kenyataan bersama, berkata pendirian itu sudah dipersetujui pucuk pimpinan Bersatu, mengambil kira keperluan menjamin kestabilan politik negeri.
“Dengan muafakat yang telah dicapai bersama menteri besar Pahang, kami percaya bahawa pembangunan dan kesejahteraan rakyat di DUN Kuala Sentul dan DUN Lepar akan diberikan tumpuan oleh kerajaan Pahang.
“Kami akan terus melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat yang bertanggung jawab dengan sebaik-baiknya dan memberikan kerjasama kepada pentadbiran negeri,” katanya menurut kenyataan itu.
Kata mereka, keadaan politik yang dinamik, kepentingan rakyat, kestabilan negeri dan kelangsungan pentadbiran yang baik hendaklah sentiasa menjadi keutamaan.
Pada PRU15, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing menang 17 DUN Pahang, manakala baki lapan kawasan dimenangi Pakatan Harapan (PH), dengan BN-PH bersama membentuk kerajaan negeri.
PN menerusi PAS menang 15 DUN dan dua lagi diwakili Bersatu.