afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Pegawai nafi khabar angin MB NS letak jawatan
Ismail Lasim angkat sumpah sebagai menteri besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos lalu. (Gambar Bernama)
Fasha berkata tiada pertemuan antara Ismail dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan hari ini seperti yang didakwa dan mencetusan khabar angin itu.
“Tak betul. Dalam jadual kami, tiada pertemuan (Ismail) dengan Zahid hari ini,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata setakat ini tiada sebarang perkembangan berhubung dakwaan peletakan jawatan Ismail dan menyifatkannya sebagai khabar angin semata-mata.
Khabar angin itu tersebar hari ini, termasuk dakwaan kononnya Ismail akan bertemu Zahid sebelum membuat keputusan berhubung kedudukannya sebagai menteri besar.
Pada 9 Sept lalu, Zahid menafikan menerima surat peletakan jawatan daripada Ismail.
Timbalan perdana menteri itu berkata beliau tidak menerima sebarang surat daripada Adun Juasseh berkenaan.
Sebelum itu, timbul desas-desus Ismail menyerahkan surat peletakan jawatan susulan kontroversi berhubung dakwaan satu proklamasi untuk menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Ismail bagaimanapun mendakwa beliau dipaksa menandatangani dokumen proklamasi yang tular di media sosial dan membuat laporan polis pada 8 Sept bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.
Beliau bersama kerajaan negeri pimpinannya turut menzahirkan sokongan penuh taat setia kepada Tuanku Muhriz.
Ismail mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 2 Ogos lalu selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menang 25 daripada 26 kerusi pada PRN Negeri Sembilan.