BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Matriks Tahun 4 Perkukuh Intervensi Awal Murid

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Matriks Tahun 4 Perkukuh Intervensi Awal Murid​

c3d7dc58f90ad2df079dfb129ec4ce9a6a4b0e463394a

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan (KPM), Ab Aziz Mamat ketika ditemu bual BERNAMA di pejabatnya LP, Blok E11, baru-baru ini.

Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 8 Okt ini akan dilaksanakan berasaskan konsep pentaksiran untuk pembelajaran bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid, sekali gus membolehkan intervensi awal dan sokongan berfokus dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan (KPM) Ab Aziz Mamat berkata pendekatan itu membolehkan guru, pihak sekolah dan ibu bapa memperoleh maklumat yang diperlukan untuk mengenal pasti kelemahan murid serta memperkukuh proses pembelajaran masing-masing, sekali gus memastikan murid lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya.

"Apabila kita menilai seseorang murid pada Tahun 4, kita mempunyai ruang dan peluang untuk membantu mereka apabila melangkah ke Tahun 5 dan seterusnya Tahun 6.

"Data yang diperoleh menerusi Matriks Pembelajaran Tahun 4 itu boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk merancang dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian bagi membantu murid yang memerlukan sokongan pembelajaran.

"Ibu bapa juga dapat mengenal pasti ruang penambahbaikan atau bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada anak masing-masing sebelum mereka melangkah ke peringkat pendidikan menengah," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata keputusan Matriks Pembelajaran Tahun 4 tidak akan digunakan untuk membandingkan pencapaian antara murid atau sekolah, sebaliknya berperanan sebagai instrumen diagnostik bagi membantu guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid serta merancang tindakan susulan yang bersesuaian.

"Matlamat kita ialah keputusan Matriks Pembelajaran Tahun 4 sama sekali tidak akan digunakan untuk membandingkan pencapaian antara seseorang murid dengan murid lain atau antara sebuah sekolah dengan sekolah yang lain.

"Data yang diperoleh digunakan bagi tujuan intervensi sama ada pada peringkat murid mahupun sekolah, bukannya untuk membandingkan pencapaian antara sekolah A, sekolah B atau sekolah C kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian," tegasnya.

 
Back
Top
Log in Register