Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
400,000 Murid Tahun Empat Duduki Matriks Pembelajaran Oktober Ini
Ab Aziz Mamat
Kira-kira 400,000 murid tahun empat dijangka menduduki Matriks Pembelajaran Tahun Empat kohort pertama pelaksanaannya secara serentak di seluruh negara dari 6 hingga 8 Okt ini.
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Ab Aziz Mamat berkata ia melibatkan empat mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains serta Bahasa Cina atau Bahasa Tamil bagi Sekolah Jenis Kebangsaan.
“Setiap mata pelajaran diuji secara bertulis selama satu jam 15 minit manakala bagi murid berkeperluan khas pembelajaran dalam arus perdana, masa tambahan menjawab antara 30 hingga 60 minit diberikan,” katanya kepada Bernama.
Ab Aziz berkata pihak sekolah bertanggungjawab memastikan semua murid tahun empat didaftarkan untuk menduduki Matriks Pembelajaran Tahun Empat selain memastikan penyediaan kertas soalan secukupnya supaya tiada calon yang ketinggalan.
Bagi memastikan standard pentaksiran seragam di seluruh negara, beliau berkata instrumen pentaksiran atau kertas soalan dibangunkan oleh pihak LP dengan guru yang terlibat dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas.
Instrumen pentaksiran dibangunkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran merangkumi kandungan pembelajaran tahun satu hingga tahun empat dengan item objektif dan subjektif, pelbagai bentuk dan aras kesukaran yang mengukur pengetahuan, aplikasi, penyelesaian masalah, penaakulan serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Pembinaan item atau soalan juga mengambil kira amalan pentaksiran antarabangsa seperti Southeast Asia Primary Learning Metrics, Trends in International Mathematics and Science Study dan Programme for International Student Assessment bagi membiasakan murid dengan standard pentaksiran antarabangsa.
“Kita telah memutuskan untuk memastikan keyakinan awam terhadap pentaksiran ini, maka ia akan dikendalikan secara berpusat oleh LP.
Loading…
www.bernama.com