BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Matriks Pembelajaran Tahun 4, Tingkatan 3 Fokus Intervensi, Pengukuhan Kurikulum

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d0399d9a960609df391635cb8aa04037696f3f5a1a726

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika menyampaikan ucapan pada Forum Pendidikan Negara bertajuk Memacu Lonjakan Pendidikan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Pendekatan Matriks Pembelajaran Malaysia bagi pelajar tahun empat dan tingkatan tiga bukan semata-mata sistem peperiksaan awam, sebaliknya satu kaedah penilaian yang menumpukan kepada sokongan awal pembelajaran secara berperingkat.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pendekatan berkonsepkan ujian itu diperkenalkan bagi memastikan tahap penguasaan murid dapat dikenal pasti lebih awal, sekali gus membolehkan guru dan pihak sekolah merancang langkah pengukuhan kurikulum yang bersesuaian.

“Pelaksanaan matriks pembelajaran tahun empat dibuat bagi memastikan masih terdapat tempoh dua tahun untuk melaksanakan intervensi, sekiranya kelemahan atau jurang pembelajaran dapat dikenal pasti pada peringkat awal (sebelum memasuki tingkatan satu).

“Secara keseluruhannya, matriks pembelajaran berperanan sebagai mekanisme intervensi dan pengukuhan pembelajaran selain menyokong pelaksanaan kurikulum baharu,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035, di sini hari ini.

Matriks Pembelajaran Malaysia akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan selaku badan berwajib, bertujuan mewujudkan keyakinan awam terhadap ujian itu dan bagi tahun empat ia akan dilaksanakan Oktober tahun ini, manakala tingkatan tiga pada 2027.

Ia melibatkan empat mata pelajaran bagi tahun empat, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, manakala tingkatan tiga melibatkan lima mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Menurut Fadhlina, matriks pembelajaran juga secara tidak langsung akan mempersiapkan murid untuk menghadapi tiga penilaian antarabangsa, iaitu Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA), Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM).

Dalam pada itu, beliau berkata Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak dikembalikan memandangkan ia sudah tidak sesuai dengan pelajar sekarang.

“… matriks pembelajaran ini jauh lebih baik daripada UPSR dan PT3 kerana ruang lingkupnya adalah penambahbaikan dan intervensi," katanya.

 
Back
Top
Log in Register