TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,260
- Points
- 2,836
#SatuHariSatuMasjid
Berada di China? Solat Tarawih di sini malam ini?
Terletak di kota bersejarah Xi’an, wilayah Shaanxi, Masjid Xi’an merupakan salah satu masjid tertua dan paling unik di China. Ia mencerminkan pengaruh seni bina tempatan sambil mengekalkan fungsinya sebagai masjid.
Islam diperkenalkan ke China melalui Jalan Sutera, dan Masjid Xi’an dibina bagi memenuhi keperluan komuniti Islam yang semakib berkembang di wilayah itu. Masjid ini menjadi pusat dakwah bagi pedagang Islam yang datang dari Asia Barat dan Asia Tengah. Seiring waktu, ia mengalami pelbagai pengubahsuaian, tetapi masih mengekalkan keaslian seni binanya.
Struktur asal masjid ini dibangunkan pada era Dinasti Tang sekitar abad ke-8 dan kemudian diperbaharui pada zaman Dinasti Song sekitar tahun 1260an. Selepas kejatuhan kedua-dua dinasti tersebut, masjid ini sekali lagi melalui proses pembinaan semula pada tahun 1378, ketika era kegemilangan Dinasti Ming.
Masjid Xi’an tidak mempunyai kubah atau menara tinggi. Sebaliknya, ia adalah seni bina tradisional dengan atap bertingkat, gerbang kayu berukir, dan taman berlandskap indah.
Masjid ini terdiri daripada beberapa bangunan utama yang tersusun dalam empat halaman besar, dengan gerbang batu yang diukir dengan kaligrafi Arab dan Cina. Menara azannya berbentuk pagoda, mencerminkan perpaduan unik antara seni bina Islam dan budaya Cina. Dewan solat utama dihiasi dengan ukiran kayu halus, sementara mihrabnya diukir dengan ayat Al-Quran.
Hari ini, Masjid Xi’an bukan sahaja menjadi pusat ibadah bagi komuniti Islam tempatan, tetapi juga menjadi bukti sejarah peradaban awal antara Islam dan China. Ia diiktiraf sebagai tapak warisan sejarah dan menarik ramai pelancong serta penyelidik yang ingin melihat keunikan seni binanya. Ia juga menjadi simbol keharmonian budaya dan ketahanan komuniti Islam di negara itu.
Sumber: Smart History