BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah, 2 Feb 1900 Masjid Abu Bakar, Johor Bahru Dirasmikan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20240202_092611_430.jpg


Hari ini 124 tahun yang lalu, Masjid Abu Bakar, Johor Bahru dirasmikan.

Pada 1892, masjid negeri ini memulakan pembinaannya di atas sebuah bukit tepi pantai menghadap Selat Tebrau atas titah Sultan Johor ketika itu, Sultan Abu Bakar Temenggung Daeng Ibrahim (Sultan pertama Johor Moden). Arkiteknya Tuan Haji Mohamed Arif Punak dibantu jurutera kerajaan negeri Dato’ Yahya Awalluddin.

Rekaan Inggeris era Victoria & Mughal diterapkan dalam seni bina masjid ini, yang diadun bersama unsur Moor, Asia Barat terutamanya Mesir serta sedikit sentuhan Melayu. Ia berbentuk segi empat tepat & setiap sisi bangunan ini adalah menara setinggi 4 tingkat dengan kubah.

Dewan solat utamanya yang boleh memuatkan lebih 2,000 jemaah berbumbung perabung lima & dikelilingi laluan pejalan kaki pada 3 sisinya. Bahagian timur bangunan masjid bersambung dengan ruang wudhuk di aras tanah. Ia siap dibina pada awal 1900 dengan kos keseluruhan lebih $400,000.

Namun Sultan Abu Bakar tidak dapat melihat siapnya masjid ini apabila baginda mangkat pada Jun 1895. Takhta baginda diambil alih oleh anakandanya Sultan Ibrahim yang merasmikan masjid tersebut, yang dinamakan sempena ayahandanya, pada Jumaat 2 Februari 1900 bersamaan 1 Syawal 1317H.

Perasmiannya ditandakan dengan 21 das tembakan meriam dalam majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Johor yang pertama, Dato’ Jaafar Haji Muhammad. Pada hari itu juga Solat Jumaat yang pertama didirikan di masjid tersebut.

Merupakan antara bangunan tertua & masjid terbesar di Johor, Masjid Abu Bakar menjadi mercu tanda negeri tersebut & bukti keupayaan serta bakat artikek & jurutera tempatan membina bangunan ikonik & teguh berdiri hingga hari ini.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

#PeristiwaHariIni
 
terbaik info ni, masih digunakan lagi ke sekarang ni.
 
Back
Top
Log in Register