BTC USD 83,025.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid & tempat ibadat Islam.

Jabal Rahmah

Allah swt berfirman: “ Hai Adam, masuklah syurga ini bersama isterimu. Makanlah makanan apa saja yang kamu sukai. Tetapi kamu jangan sekali-kali mendekati pohon ini. Kerana ia akan menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.”

Iblis sebelum itu telah dihalau dari syurga kerana sombongnya tidak mahu sujud kepada Adam, ciptaan Allah. Dia memandang hina Adam kerana dibuat dari tanah.

Apabila Allah menghalau iblis dari syurga, iblis menjawab: ‘(Wahai Tuhan) barilah aku waktu hingga hari kebangkitan mereka.”
Allah swt berfirman: “(ya) kamu termasuk golongan yang diberi tangguh (waktu)’

(Allah memberi tangguh tetapi iblis adalah golongan yang sombong, dia tidak mahu bertaubat, terus menerus tidak mahu mengikut perintah Allah supaya bersujud kepada Adam. (kerasnya hati iblis))

(Bagaimana pula manusia yang menghina sesama manusia? Adakah manusia yang menghina manusia lain ini dibuat dari tanah yang berlainan? Hanya Adam yang Allah buat dari tanah, walhal manusia lain Tuhan jadikan dari segumpal darah yang busuk. Jadi nak megah aper? Nak jadi kiasu aper?)

Apabila bapa kita Nabi Adam a.s. dan isterinya Siti Hawa mendengar hasutan syaitan, baginda dan isterinya lupa larangan Allah. Akibatnya mereka dikeluarkan daripada kesenangan di syurga itu.

Allah swt berfirman: “Turunlah kamu! Diantara kamu akan menjadi musuh bagi yang lain. Bagimu disediakan tempat di bumi dan kesenangan hidup sampai batas waktu yang ditentukan.”

(Manusia memang bermusuh antara satu sama lain, kadang kita pelik sama se agama pun bermusuh. Itulah ketentuan Allah. Allah telah memberi amaran jangan dekati pohon itu, nanti kamu jadi golongan yang zalim. Kerana iblis Nabi Adam dan Hawa tergelincir.)

Allah swt berfirman: “Maka syaitan memujuk keduanya (supaya memakan buah pohon itu) dengan tipudaya. Apabila mereka telah memakan buah pohon itu, maka kelihatanlah aurat mereka. Mereka berdua tergesa-gesa menutup aurat masing-masing dengan daun-daun syurga.” (surah At-Thaha ayat 112)

(Mereka merasa malu kerana terdedah aurat, manusia sekarang bangga mendedahkan aurat, Pakai baju dan seluar sebesar dua jari ajer. Kini fesyen pakai londeh nampak alur pungkok. Astafirullahalazim.)

Apabila Adam dan Hawa di usir dari syurga, mereka dengan menyesal berkata: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menganiya diri kami sendiri. Kalau Tuhan kami tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.”

Mereka tidak diturunkan di satu tempat tetapi terpisah antara satu sama lain.
Alangkah menyesalnya Adam. Nabi Adam a.s. menangis merayu-rayu memohon supaya mereka dapat bertemu dan hidup bersama.

Nabi Adam memohon ampun dari Allah. Selepas berpuluh tahun kemudian baharulah mereka berjumpa di Jabal Rahmah.




Jabal Rahmah adalah tempat orang-orang Islam berdoa memohon kepada Allah supaya bertemu jodoh bagi mereka yang belum berkahwin.
 
nih gambar masjid bujal sebelum dirobohkan oleh jentolak kerajaan negeri terengganu.
 

Attachments

  • 15.8 KB Views: 65
lagi laa gambar mesjid... syoknyer...
 
Sunday, 5-Jun-2005 00:00
Gambar roboh masjid kg. bujal
Gambar roboh masjid kg. bujal



Peristiwa meroboh Masjid Desa Makmur, RTB Kg. Bujal, Kijal, Kemaman, Terengganu pada Khamis, 2.10 petang 26 Mei 2005 adalah satu mala pertaka yang tak dapt dilupakan.

Peristiwa ini telah menunjukkan UMN* boleh buat apa sahaja termasuk menjual agamanya sendiri. Islam Hadh*ri adalah omong-omong kosong untuk menentang kebangkitan Islam.

Masjid yang hampir siap, adalah titik keringat usaha penduduk setempat. Mereka bergotong royong mememastikan kerja-kerja pembinaannya berjalan lancar. Anggaran perbelajaan setakat ini lebih daripada RM100,000.00. Gambar ini adalah pemandangan daripada hadapan (refer pic)

bahagian pintu masuk masjid, yang hampir siap.(refer pic)

pintu masuk dengan pintu cermin, anggaran kos RM3,000.00. (refer pic)

Papan kenyataan, jam dinding telah siap untuk memudahkan orang ramai mendapat maklumat. (refer pic)

Mimbar, PA sytem bahagian hadapan telah dikeluarkan lebih awal. (refer pic)

Lantai masjid bertile dengan anggaran kos RM10,000.00 telah siap dipasang sebelum ini. (refer pic)

6.30 pagi khamis, 26 Mei 2005 Polis dan FRU telah mengempung Masjid kg Bujal segenap penjuru. 4 trak FRU dengan bantuan Polis Simpanan dan Polis biasa 4 trak juga mereka mengelilingi Masjid Kg. Bujal (Dalam akhabar kata bukan masjid, kambing atau lembu pun boleh beza masjid dengan kandangnya, tetapi ada yang lebih bahlol daripada lembu kata ini bukan masjid!)

Kerja-kerja pemotongan elektrik telah dilakukan oleh pihak TNB. Ini satu lagi bukti pembohongan pihak media massa. Dia orang kata bangunan (Masjid) ini dibuat diluar perkampungan jauh ke dalam. Dia orang juga kata ini adalah markah P*S. Cuba fikir sedikit, walaupun ada dalam akta, TNB kena bagi elektrik jika ada permohonan, takkan TNB nak bagi tiang elektrik kalau bangunan ini di buat di dalam hutan. Ini mestilah dalam perkampungan.

Kerja pemotongan elektrik, ada yang kata dia sedih dan menitis air mata. Ada yang minta jangan siarkan gambarnya, tetapi saya tak nampak jelas dalam video dia ini sedih, walahualam.

FRU mengempung masjid. Padangan daripada sebelah mikraj. (refer pic)

Polis simpanan membantu FRU mengawal, kebanyakkan budak-budak lagi. Ada yang kata budak-budal PKLN. Saya jawab takkan PKLN ada senjata M-16 dibelakang masing-masing. Masih budak-budak kelihatan ketakutan (Sila dapatkan VCD memang jelas dia ni ketakutan, sebab dalam VCD fokus close-up)

FRU mengelilingi mikraj masjid (Bangunan masjid ada mikraj, kalau rumah ada dapur, ada perbezaannya -refer pic)

Bahagian pintu masuk, tempah kolah (tempat ambil wuduk) dikelilingi FRU. (Catatan : tarikh dalam tape 25 Mei, 10.23 malam tuan punya kamera silap setting agaknya malam siang, sepatutnya 26 Mei 10.23 pagi.)

Orang ramai mengeliling FRU, kata beberapa orang tali barut UMN*dalam forum laman ***,tak ada orang, mereka ini bebal dan hati telah hitam tak ada hidayah asyik nak mengata orang aje, tak boleh berfikir secara rasional.

Suasana gamat kerana orang ramai menuju ke arah Jentolak yang hendak meroboh. (refer pic)

FRU lengkap dengan senapang gas pemedih mata. tetapi pada masa tu orang ramai yang saya temui mengatakan FRU nampak kecil sahaja, tetapi pimpinan arahkan supaya jangan buat kacau bilau, kalau tidak 'lumak mereka kita kerjakan'. (refer pic)

Ini adalah gambar pemandu jentolak(refer pic) bernama Rashid, dia orang tempatan di situ. Semasa gambar ini diambil 10 buah rumah rakyat telah dirobohkan oleh jentolak ini. Rashid inilah yang meranapkannya.

Jentolak mula bergerak, orang ramai bertakbir Allahu Akhbar! dan menyeru kepada pemandunya.

Tiba-tiba jentolak berhenti, Bos dia naik, nak tergelak aje. Orang ramai masih melaungkan takbir dan merayu kepada pemandu.

Tiba-tiba nampak pemandu macam menangis. Wartawan pun ada ambil gambar (Balaci UMN* tak tahu pasal gambar ini tak dilulus terbit, otak dakwat cetak hanya percaya penipuan akhbar sahaja)

Pemandu pitam, FRU kebingungan . Orang ramai pun menyerbu jentolak dan mengeluarkan pemandunya. (refer pic)

Pemandu menangis teresak-esak, orang ramai cuba menenangkannya. Beberapa orang cuba menenangkan pemandu.

Jentolak biru telah ditawan oleh orang ramai. Pemimpin demonstrasi menenangkan orang ramai serta membuat ucapan.

Akhirnya orang ramai bersurai, polis dan FRU pun balik. Ada cerita-cerita mengenai pemandu tersebut dengar suara laungan takbir. Ada juga yang cerita dia dapat telefon daripada no. yang tak diketahui mengata hari nak kiamat. semua cerita ini tak ada bukti yang sah. Tapi dia menangis, rebah dan pitam terbukti dalam video. Sila dapatkan VCD berkaitan.
 
Jangan roboh masjid wahai orang yang beriman !

Aku kesian dengan Rashid, pemandu jentolak itu. Periuk nasi dia kerja pandu jentolak, tiba2 diarah tolak masjid. Dia mesti menderita ketakutan dan terus pengsan. astaga !

Orang kahwin pun kita kata diri masjid. Kalau kita kacau rumahtangga orang sampai bercerai berai itu pun satu dosa besar.
Apalagi merobohkan sebuah masjid tempat orang beribadat menghadapkan muka kepada penciptaNya. Nauzubillah.

Jangan pandang ringan. Ahli senet amerika baru acah nak serang Ka'bah konon, apa jadi Tuhan turunkan bala bencana kat Amerika, baharulah Bush pun ketakutan, masukkan Al-Quran ke White House.
Tau takut...tau tak aper...

Kita sebagai manusia ini diberi bermacam dugaan. Mohonlah kepada Allah menunjukkan kita jalan yang lurus, jalan yang diredaiNya. Banyakkan beristigfar dan berzikir. Ikhlaskan hati kita. Jika apa yang kita lakukan itu adalah kerana Allah, jika kita tidak dapat ganjaran di dunia, pasti Allah berinya di akhirat.

LA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAH.



Masjid Maluku.
 
Back
Top
Log in Register