BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid Umayyad, Daripada Kuil, Diubah Jadi Gereja & Masjid Di Damsyik

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
1000510977.jpg


#SatuHariSatuMasjid

Tarawih di Damsyik malam ini?

Terletak di Damsyik, Syria, Masjid Umayyad adalah salah satu masjid tertua di dunia. Tapaknya menyimpan kisah lapisan peradaban yang berbeza, bermula sebagai kuil Rom untuk menyembah Dewa Jupiter, sebelum diubah menjadi gereja semasa pemerintahan Byzantine.

Gereja itu dikatakan menyimpan relik ‘John the Baptist’ atau lebih dikenali dalam Islam sebagai Nabi Yahya A.S, menjadikan Masjid Umayyad cukup signifikan bagi umat Islam dan penganut Kristian.

Kuasa Islam bertapak di Damsyik selepas Perang Yarmouk pimpinan Khalifah Khalid bin Walid pada tahun 636 Masihi. Ketika itu, penganut Islam dan Kristian masing-masing berkongsi bangunan ini, umat Islam bersolat di ruang timur bangunan dan penganut Kristian pula menggunakan ruang di sebelah barat.

Pada era pemerintahan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik dari Bani Umayyah (705-715M), gereja tersebut diubah sepenuhnya menjadi sebuah masjid. Namun, Khalifah Al-Walid mengekalkan beberapa elemen Byzantine dan menggabungkannya dengan seni bina Islam sebagai simbol penyatuan budaya dan peralihan kuasa di rantau itu.

Dindingnya dihiasi dengan mosaik emas yang luar biasa, menggambarkan pemandangan syurga dengan taman-taman dan sungai yang mengalir. Tiga menara utama; Menara Isa, Menara Qaitbay, dan Menara Al-Arus, menjadi ciri ikonik masjid ini.

Khalifah Al-Walid juga mengarahkan pembinaan struktur dipercayai makam Nabi Yahya A.S. Selain itu, pahlawan Islam dan pengasas Dinasti Ayyubid, Salahuddin Al-Ayyubi yang mangkat pada tahun 1193, turut disemadikan di perkarangan masjid.

Meskipun mengalami kerosakan teruk akibat peperangan, hari ini Masjid Umayyad terus menjadi simbol keagungan Islam dan warisan sejarah Syria. Usaha pemuliharaan berterusan dilakukan bagi memastikan keindahan dan nilai sejarahnya tetap terpelihara untuk generasi akan datang.

Sumber: Islamic Landmarks, Madain Project, Britannica
 
Back
Top
Log in Register