akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
Pihak berkuasa agama, AJK perlu pastikan masjid, surau tak disalah guna

Ketika kita mengakui salah faham mengenai Islam pada era ini boleh timbul kesan serangan pemikiran dibuat orientalis, akademia, penggiat media dan pengarang Barat melalui Islamofobia, hakikat pahit perlu kita telan juga adalah ia turut berpunca daripada umat Islam itu sendiri, termasuk individu yang memiliki keilmuan dan kepetahan kata-kata. Kewujudan golongan ini tidak hanya diingatkan Rasulullah SAW dalam banyak hadis, bahkan dapat dikesan wujud sepanjang sejarah ketamadunan Islam dan dunia moden.
Golongan Ruwaibidhah yang menjadi tipa akhir zaman ialah golongan tidak memahami Islam secara mendalam dan memiliki adab yang dititikberatkan dalam tradisi keilmuan Islam tetapi bercakap mengenai agama mengalahkan ulama sebenar, sekali gus menjadi kelompok sangat berbahaya kepada ummah. Pada masa sama, sebahagian penceramah dan pendakwah pula tidak dapat membezakan antara mimbar atau meja kuliah di masjid serta surau dengan pentas politik dan pasar.
Golongan ini berisiko menimbulkan fitnah dalam agama dan memecahbelahkan jemaah dengan agenda yang tidak berlandaskan keilmuan termasuk politik kepartian atau aliran yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Akhirnya, umat Islam yang ikhlas mengimarahkan masjid dan surau terperangkap serta terpedaya dengan retorik dilontarkan mereka, apatah lagi mampu memetik ayat al-Quran dan hadis serta pandangan ulama tertentu yang tidak selari dengan aliran sebenar dalam Islam.
Masyarakat Muslim terutama orang awam atau yang baru belajar agama boleh terpengaruh dengan ajaran mereka yang pada zahirnya kedengaran betul dan benar. Bagaimanapun, Sayidina Ali Ibnu Abi Talib pernah mengingatkan bahaya 'kalimah yang benar tetapi dengan maksud batil' seperti diungkapkan golongan Khawarij boleh mengelirukan pendengar yang rendah atau biasa tahap keilmuannya.
Justeru, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada program bertemakan 'Pemerkasaan Integrasi Antara Fiqah Dengan Tasawuf' di Ipoh walaupun diucapkan atas kapasiti baginda sebagai ketua agama negeri, sebenarnya wajar diberikan perhatian oleh pihak berkuasa agama dan umat Islam di negara ini. Sultan Nazrin mengingatkan segelintir penceramah agama didapati menyampaikan dakyah songsang menerusi tazkirah, kuliah dan perbincangan agama yang bertukar kandungan dengan selitan cercaan dan fitnah, selain cenderung memihak atau menentang kumpulan politik tertentu.
Dalam konteks inilah, arahan seperti kewajipan membaca teks khutbah atau penceramah perlu memohon tauliah mengajar walaupun tidak berlaku seperti zaman dahulu, hakikatnya berada dalam ruang lingkup dibenarkan dalam Islam. Ia bukanlah bertujuan mengekang penyebaran dakwah atau mengehadkan ranah ilmu, sebaliknya bertujuan mengelak kemudaratan lebih besar, iaitu fitnah yang mengelirukan pemikiran umat Islam dan memecahbelahkan kesatuan mereka yang sepatutnya dibina di rumah Allah SWT.
Oleh itu, kita meminta pihak berkuasa agama bukan hanya di Perak, bahkan di seluruh negara menjalankan pemantauan serta penguatkuasaan supaya masjid atau surau tidak dieksploitasi. Ahli jawatankuasa (AJK) institusi penting kariah itu pula perlu melaksanakan tanggungjawab dengan memastikan sesiapa sahaja dijemput untuk menyampaikan khutbah atau kuliah memenuhi syarat ditetapkan.