Jabal Rahmah
Allah swt berfirman: “ Hai Adam, masuklah syurga ini bersama isterimu. Makanlah makanan apa saja yang kamu sukai. Tetapi kamu jangan sekali-kali mendekati pohon ini. Kerana ia akan menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.”
Iblis sebelum itu telah dihalau dari syurga kerana sombongnya tidak mahu sujud kepada Adam, ciptaan Allah. Dia memandang hina Adam kerana dibuat dari tanah.
Apabila Allah menghalau iblis dari syurga, iblis menjawab: ‘(Wahai Tuhan) barilah aku waktu hingga hari kebangkitan mereka.”
Allah swt berfirman: “(ya) kamu termasuk golongan yang diberi tangguh (waktu)’
(Allah memberi tangguh tetapi iblis adalah golongan yang sombong, dia tidak mahu bertaubat, terus menerus tidak mahu mengikut perintah Allah supaya bersujud kepada Adam. (kerasnya hati iblis))
(Bagaimana pula manusia yang menghina sesama manusia? Adakah manusia yang menghina manusia lain ini dibuat dari tanah yang berlainan? Hanya Adam yang Allah buat dari tanah, walhal manusia lain Tuhan jadikan dari segumpal darah yang busuk. Jadi nak megah aper? Nak jadi kiasu aper?)
Apabila bapa kita Nabi Adam a.s. dan isterinya Siti Hawa mendengar hasutan syaitan, baginda dan isterinya lupa larangan Allah. Akibatnya mereka dikeluarkan daripada kesenangan di syurga itu.
Allah swt berfirman: “Turunlah kamu! Diantara kamu akan menjadi musuh bagi yang lain. Bagimu disediakan tempat di bumi dan kesenangan hidup sampai batas waktu yang ditentukan.”
(Manusia memang bermusuh antara satu sama lain, kadang kita pelik sama se agama pun bermusuh. Itulah ketentuan Allah. Allah telah memberi amaran jangan dekati pohon itu, nanti kamu jadi golongan yang zalim. Kerana iblis Nabi Adam dan Hawa tergelincir.)
Allah swt berfirman: “Maka syaitan memujuk keduanya (supaya memakan buah pohon itu) dengan tipudaya. Apabila mereka telah memakan buah pohon itu, maka kelihatanlah aurat mereka. Mereka berdua tergesa-gesa menutup aurat masing-masing dengan daun-daun syurga.”
(surah At-Thaha ayat 112)
(Mereka merasa malu kerana terdedah aurat, manusia sekarang bangga mendedahkan aurat, Pakai baju dan seluar sebesar dua jari ajer. Kini fesyen pakai londeh nampak alur pungkok. Astafirullahalazim.)
Apabila Adam dan Hawa di usir dari syurga, mereka dengan menyesal berkata: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menganiya diri kami sendiri. Kalau Tuhan kami tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.”
Mereka tidak diturunkan di satu tempat tetapi terpisah antara satu sama lain.
Alangkah menyesalnya Adam. Nabi Adam a.s. menangis merayu-rayu memohon supaya mereka dapat bertemu dan hidup bersama.
Nabi Adam memohon ampun dari Allah. Selepas berpuluh tahun kemudian baharulah mereka berjumpa di Jabal Rahmah.
Jabal Rahmah adalah tempat orang-orang Islam berdoa memohon kepada Allah supaya bertemu jodoh bagi mereka yang belum berkahwin.