BTC USD 82,752.7 Gold USD 4,169.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid & tempat ibadat Islam.

Alhamdullillah. Setiap orang Islam wajib menanam niat akan menunaikan fardhu haji, sebab ia rukun islam ke 5. Kebiasaannya orang yang dah pergi ke Mekah tu termimpi2 nak pergi lagi dan lagi dan lagi. Berdoalah kehadrat Allah untuk makbulkan hajat kita sebab orang yang pergi ke Mekah itu adalah jemputan dari Allah.

Hadis:
Maksudnya:
Dari Jabir r.a. katanya:
Rasulullah SAW bersabda: “Satu sembahyang di masjidku ini lebih utama (afdal) dari seribu sembahyang di masjid lain, kecuali Masjidil Haram. Satu sembahyang di Masjidil Haram lebih utama dari seratus ribu sembahyang di masjid lain.”
Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.

Sembahyang di surau atau di masjid tempat kita pun sudah lebih berganda-ganda afdal dari sembahyang di rumah. Aku tak jumpa shahihnya ada mengatakan Allah lebihkan umat Muhammad ni, walau pun sembahyang lima kali sehari semalam tapi masih dikira 50 kali seperti diperintahkan pertama kali kepada Nabi SAW supaya kita semua sembahyang 50 kali sehari semalam.
Semoga bila kita sembahyang tu, kita usahlah ingat hal-hal lain atau terkocoh-kocoh nak cepat sibuk dengan urusan dunia.
:)

ambo nok tanyo bangaimana cara utk kita khusuk dlm solat kerana bila mula je solat misti benda kedunian datang sedangkan masa waktu biasa kita tidak terfikir pun benda2 ni.:o :o
 


Allah perintah iblis supaya sujud (hormat) kepada Adam, tetapi iblis dengan sombongnya engkar sambil mendabik dada mengatakan dirinya lebih baik dari Adam. Dia dicipta dari api yang boleh membinasakan berbagai benda sedangkan Adam dicipta dari tanah yang busuk. Iblis taat menyembah Allah, tetapi dia engkar perintah Allah supaya sujud (hormat) kepada Adam, walhal semua malaikat dan jin sujud (hormat) kecuali dia (iblis).

Bila iblis tidak mengikut perintah Allah, dengan sendirinya dia jadi kafir. Allah amat murka dan menghalau iblis dari syurga. Semenjak dari saat itu iblis dan anak cucunya tak putus-putus menggoda anak cucu Adam. Itulah sahaja kerjanya. Jika prebet tidak dapat goda, dia hantar koperal, sarjan, leftenan atau major. Lagi alim anak Adam itu lagi tinggi rank yang datang kacau. Bila kita solat sahaja, mereka datang membisik dalam hati berbagai-bagai perkara hingga solat kita tidak sempurna.

Bayangkan betapa gembiranya iblis dan syaitan ini, raya sakan, jika mereka berjaya menggoda orang Islam terutama alim ulama. Mereka handal dengan saikologi, tipu muslihat, memuji2 kita sebelum memasukkan jarum hasutan mereka.

Bukan kita seorang yang mengalami hal ini. Boleh dikatakan setiap anak Adam terutama yang Islam termasuk diriku. Oleh itu mari kita perbanyakkan doa untuk menghindari dari godaan iblis dan setan ini. Banyakkan zikir. Sebab itu kita digalakkan bersembahyang berjemaah, mereka tidak dapat menghampiri kita ketika berada di dalam saf yang betul.
 

Attachments



Ini adalah gambar pintu makam Nabi SAW. Berdekatan makam baginda adalah makam Saidina Abu Bakar As Siddiq dan makam Saidina Omar Al Khatab.

Didalam makan ini ada satu lagi satu ruang dihujung yang dibiarkan kosong khas untuk ditempatkan Nabi Isa. Makam2 ni didirikan didalam bilik tidur Nabi setelah isteri Nabi bermimpi bintang jatuh kedalam biliknya sebelum baginda wafat.
 


Kubah Hijau di Masjid Nabawi di Madinah. Di bawah kubah hijau inilah terletaknya makam baginda Rasulullah SAW.

Hadis:
Maksudnya:

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang menziarahi kuburku, maka wajiblah baginya syafaatku".
Riwayat Al Bazzar dan Daruqutni

Hadis:
Maksudnya:

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: Nabi SAW bersabda:" Barangsiapa menziarahi aku sesudah aku wafat, maka seolah-olah dia menziarahi di waktu aku hidup."
Riwayat Tabrani

Hadis:
Maksudnya:

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: "Rasulullah SAW bersabda:"Barangsiapa menunaikan haji ke Baitullah dan tidak datang menziarahiku, maka bererti dia memutuskan hubungan dengan diriku."
Riwayat Ibnu Adi

hurm,betul ke zirah kubur je dh dapat syafaat?:-?
 


Kubah Hijau di Masjid Nabawi di Madinah. Di bawah kubah hijau inilah terletaknya makam baginda Rasulullah SAW.

Hadis:
Maksudnya:

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang menziarahi kuburku, maka wajiblah baginya syafaatku".
Riwayat Al Bazzar dan Daruqutni

Hadis:
Maksudnya:

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: Nabi SAW bersabda:" Barangsiapa menziarahi aku sesudah aku wafat, maka seolah-olah dia menziarahi di waktu aku hidup."
Riwayat Tabrani

Hadis:
Maksudnya:

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: "Rasulullah SAW bersabda:"Barangsiapa menunaikan haji ke Baitullah dan tidak datang menziarahiku, maka bererti dia memutuskan hubungan dengan diriku."
Riwayat Ibnu Adi

hurm,betul ke ziarah kubur je dh dapat syafaat?:-?
 
Pembinaan Masjid Nabi:

1. Sewaktu Nabi s.a.w keluar dari Quba' menuju ke Madinah, baginda telah memerintahkan sahabat-sahabat melepaskan tali unta tunggangan baginda dengan bersabda: Biarkan ia kerana sesungguhnya ia telah diperintahkan. Orang ramai terus berjalan mengiringi baginda sehinggalah unta tersebut berhenti rehat di suatu tempat mengering tamar yang dimiliki oleh dua orang anak yatim yang dijaga oleh As'ad bin Zararah, ada pendapat lain mengatakan bahawa mereka berdua dijaga oleh Abu Ayyub Al-Ansari. Salah seorang daripada mereka bernama Sahl dan seorang lagi bernama Suhail. Mereka berdua merupakan anak lelaki Amru.

2. Ketika unta tunggangan menurunkan Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Jika dikehendaki Allah, tempat ini akan dijadikan rumah Allah (masjid). Kemudian baginda memanggil mereka berdua dan membuat urusan tawar menawar terhadap tempat unta berhenti untuk dibina masjid. Mereka berkata: Tidak, bahkan ambillah ia sebagai pemberian daripada kami dengan percuma. Rasulullah s.a.w enggan menerima pemberian mereka. Lalu Nabi s.a.w membayar harga tanah tersebut dengan harga sepuluh dinar emas. Pembayaran tersebut telah dibuat oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq dengan menggunakan hartanya.

3. Setelah itu kubur-kubur orang musyrikin yang terdapat di taman itu digali dan dipindahkan. Tanah diratakan dan pokok tamar yang terdapat di situ ditebang. Mereka telah menanam pokok-pokok tamar secara berbaris sebagai kiblat masjid. Seterusnya mereka menyusun batu-bata untuk membina masjid. Pada ketika itu Talq datang. Beliau melihat Rasulullah s.a.w serta para sahabat sedang menyusun batu-bata. Beliau berkata: Rasulullah s.a.w kelihatan tidak begitu suka dengan cara mereka berkerja. Melihat keadaan itu aku terus mengambil penyodok lalu mencampur batu-bata dengan tanah. Rasulullah s.a.w menyukai caraku menggunakan penyodok dan cara kerjaku. Rasulullah s.a.w bersabda: Biarkan Al-Hanafi dan tanah tersebut, sesungguhnya dia cekap di kalangan kamu (menggunakan kedua tangannya) terhadap tanah tersebut.

4. Para sahabat Nabi s.a.w telah menggali asas tapak masjid sedalam tiga hasta (1.5 meter). Asas masjid dibina dengan batu kemudian mereka meninggikan binaan tersebut dengan batu-bata yang dibuat dari tanah.

5. Saidina Othman bin Maz'un (dikatakan juga Ibnu Affan) merupakan seorang yang sentiasa menjaga kebersihan. Beliau membawa batu-bata secara meletakkan dalam pakaiannya. Apabila batu-bata tersebut diletak di tempatnya, beliau akan membersihkan lengan baju serta memerhatikan pakaiannya. Jika terdapat debu tanah, beliau akan mengibarkan pakaian untuk menghilangkan debu tersebut. Perbuatan beliau itu telah menarik perhatian Saidina Ali bin Abu Talib r.a lalu beliau mengucapkan kata-kata:

لا يسـتوي من عمر المســـــــاجد




يـدأب فيهــا قائمـــا وقـــاعد
ومن يــرى عند الـتراب حـــــائد


Yang bermaksud: Tidak sama orang yang membina masjid. Orang yang bekerja membinanya dan orang yang melihat debu lalu membuangnya. Ammar bin Yasir telah mendengar kata-kata tersebut. Beliau mengulangi kata-kata tersebut tetapi tidak memahami maksudnya. Sewaktu beliau melintasi Othman bin Maz'un, Othman telah memarahi beliau kerana menyangka Ammar bin Yasir memperlinya. Othman berkata kepada Ammar: Wahai Ibnu Sumaiyah kamu tahukah siapa yang kamu perli dan kamu hina itu? Berhentilah dari perbuatan kamu itu atau kamu mahu aku pukul mukamu dengan benda ini. Di tangan beliau terdapat sepotong besi. Peristiwa itu telah didengar oleh Nabi s.a.w lalu baginda marah. Seorang sahabat telah berkata kepada Ammar: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah memarahimu. Kami takut nanti diturunkan ayat al-Quran kepada kami (tentang keadaan tersebut). Ammar menjawab: Aku meredhainya sebagaimana kemarahannya. Beliau berkata lagi: Wahai Rasulullah! Apakah salahku (yang membuatkan) sahabatmu berlaku demikian? Nabi s.a.w bertanya dengan sabda: Apakah yang berlaku padamu dan mereka? Beliau menjawab: Mereka ingin membunuhku. Setiap orang daripada mereka membawa seketul batu dan mereka memukul aku dengan dua atau tiga ketulan. Nabi s.a.w memegang tangan Ammar dan membawanya mengelilingi masjid. Baginda menyapu debu di leher iaitu bahagian bawah dua cuping telinga beliau, lalu bersabda: Wahai Ibnu Sumaiyah! Sahabatku tidak akan membunuhmu tetapi engkau akan dibunuh oleh segolongan orang kafir. Rasulullah s.a.w menyertai sahabat-sahabat baginda membina masjid. Apabila orang-orang Muhajirin dan Ansar melihat baginda meletakkan pakaian, mereka ikut meletakkan pakaian mereka lalu bersyair:

لئن قعدنا والنبي يعمل ذاك إذا لعمل مضلل

Yang bermaksud: Sekiranya kami duduk sedangkan Nabi bekerja, itu adalah perbuatan yang tidak baik.

Nabi s.a.w memuliakan binaan dengan bekerja dengan tangannya sendiri sambil menyebut:

اللهم إن الأجر أجر الآخره فارحم الأنصار والمهاجره
إِلا إن العيش عيش الآخره فاغفر للأنصار والمهاجره

Yang bermaksud:
Ya Allah! Sesungguhnya balasan yang sebaik-baiknya adalah balasan akhirat.
Oleh itu muliakanlah orang-orang Ansar dan Muhajirin.
Tidak ada kehidupan yang kekal selain kehidupan di Akhirat.
Oleh itu ampunkanlah orang-orang Ansar dan Muhajirin.
 
Back
Top
Log in Register