BTC USD 82,973.4 Gold USD 4,144.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid & tempat ibadat Islam.

Subhanallah!!! Indahnya masjid-masjid ni.

Bro hadis-hadis di atas ni sahih ke? Macam jarang dengar je.

Menyebarkan hadis-hadis adalah satu bende yang agak berat so hopefully kite kaji dulu sumbernye.

Alhamdullillah...sebenarnya hadis2 tersebut selalu disebarkan kepada bakal-bakal haji, sebab itulah bakal-bakal haji dibawa ke Madinah dan dapat menunaikan sembahyang 40 waktu di Masjid Nabawi (masjid nabi) di mana terdapat Raudhah. Orang Islam berebut-rebut menunaikan sembahyang di Masjid Nabawi terutama di satu kawasan dinamakan Raudhah, berhampiran makam Nabi SAW.

Terima kasih.
 


Ini adalah gambar pintu makam Nabi SAW. Berdekatan makam baginda adalah makam Saidina Abu Bakar As Siddiq dan makam Saidina Omar Al Khatab.
 


Kita maklum Ka’bah telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Ismail a.s.
Dahulu Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat bersembahyang ke arah Baitul Maqdis.
Satu hari Isnin 15 Rajab tahun kedua hijrah ketika nabi saw bersama sahabat sedang bersembahyang zohor di sebuah masjid Bani Haram di Kampung Bani Salimah, baginda telah menerima wahyu dari Allah yang memerintahkan pertukaran Kiblat dari Baitul Maqdis ke Baitullah.

Firman Allah:
Mafhumnya:

“ Sesungguhnya Kami lihat berbalik-balik (berulang-ulang tengadah) mukamu (ya Muhammad) ke atas langit (meminta turun wahyu). Maka demi kami palingkan engkau ke Kiblat yang engkau sukai, maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Ka’bah). Di mana-mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya.”Surah Al Baqarah ayat 144.

Nabi Muhammad SAW beserta para sahabat kemudian sembahyang dua rakaat yang kedua mengadap ke kiblat baru iaitu Baitullah (Ka’bah). Oleh peristiwa itu masjid itu dikenali dengan nama Masjid Qiblatain (Masjid dua kiblat).
 


Di Masjidil Haram para jemaah boleh meminum air zam-zam yang disediakan di sekeliling tiang pada tiang-tiang tertentu. Ini memudahkah para jemaah menghilangkan haus tanpa perlu pergi ke tempat khas.
 
Alhamdullillah. Setiap orang Islam wajib menanam niat akan menunaikan fardhu haji, sebab ia rukun islam ke 5. Kebiasaannya orang yang dah pergi ke Mekah tu termimpi2 nak pergi lagi dan lagi dan lagi. Berdoalah kehadrat Allah untuk makbulkan hajat kita sebab orang yang pergi ke Mekah itu adalah jemputan dari Allah.

Hadis:
Maksudnya:
Dari Jabir r.a. katanya:
Rasulullah SAW bersabda: “Satu sembahyang di masjidku ini lebih utama (afdal) dari seribu sembahyang di masjid lain, kecuali Masjidil Haram. Satu sembahyang di Masjidil Haram lebih utama dari seratus ribu sembahyang di masjid lain.”
Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.

Sembahyang di surau atau di masjid tempat kita pun sudah lebih berganda-ganda afdal dari sembahyang di rumah. Aku tak jumpa shahihnya ada mengatakan Allah lebihkan umat Muhammad ni, walau pun sembahyang lima kali sehari semalam tapi masih dikira 50 kali seperti diperintahkan pertama kali kepada Nabi SAW supaya kita semua sembahyang 50 kali sehari semalam.
Semoga bila kita sembahyang tu, kita usahlah ingat hal-hal lain atau terkocoh-kocoh nak cepat sibuk dengan urusan dunia.
:)
 
Back
Top
Log in Register