BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa Banjir Di Perak Menurun, Satu Lagi PPS Ditutup

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5d4cdd03aaffa51d172c0f63afc5304d693634c89b4d4

PPS

Situasi banjir di Perak menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan setakat petang ini sebanyak 202 mangsa daripada 62 keluarga masih ditempatkan di empat PPS di dua daerah, iaitu penurunan berbanding 411 mangsa daripada 122 keluarga pagi tadi.

Satu PPS di Dewan Komuniti Belia dan Sukan Bagan Datuk yang sebelum ini menempatkan 142 mangsa daripada 45 keluarga telah ditutup sepenuhnya pada 4 petang tadi.

Kini hanya dua daerah, iaitu Hilir Perak dan Manjung masih menempatkan mangsa banjir masing-masing di dua PPS.

Di Hilir Perak, PPS yang masih beroperasi ialah Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak dan Dewan Serbaguna IPD Hilir Perak manakala di Manjung, pusat yang beroperasi adalah Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai dan SK Kayan, Lekir.

 
Back
Top
Log in Register