combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
ADUN Sungai Manila yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa (tengah), melawat mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi, hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA
Satu daripada sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa kebakaran Kampung Bahagia di Sandakan ditutup, petang ini.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, operasi di PPS Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hwa ditamatkan pada 3 petang tadi.
“Lapan lagi PPS masih beroperasi dengan menempatkan sebanyak 1,905 orang daripada 384 keluarga setakat 4 petang ini,” menurut kenyataan itu.
Pada Ahad lepas, sebanyak 1,000 rumah atas air musnah dalam kebakaran di kampung berkenaan dan menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Kebakaran Sandakan: Satu PPS Ditutup Petang Ini
Sabah, PPS, tutup, kebakaran, Kampung Bahagia