BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Di Perak Pulih Sepenuhnya, PPS Ditutup

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146
711363b1176e65e5c5124bdae45f232667a60bdeef7f3


Situasi banjir di Perak kini pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai dalam daerah Manjung ditutup berkuat kuasa pada 12 tengah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Manjung Shamsul Ridzuan Idris dalam kenyataan berkata keadaan lokasi bencana ketika ini dilaporkan selamat dan semua mangsa banjir telah kembali ke rumah masing-masing.

"Hasil pemantauan bersama-sama polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pejabat Penghulu Mukim Pengkalan Baru telah mendapati keadaan lokasi bencana ketika ini telah selamat.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, individu serta NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang membantu dan menyelaras PPS dengan baik sepanjang operasi," kata Shamsul Ridzuan yang juga Pegawai Daerah Manjung.

Pagi tadi, sebanyak 66 orang daripada 17 keluarga melibatkan penduduk di Kampung Padang Serai berlindung di PPS terbabit yang dibuka sejak 23 Okt lepas.

 
Back
Top
Log in Register