BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Di Kedah Pulih, PPS Ditutup

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,184
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,184
Reaction score
346
Points
141
711363b1176e65e5c5124bdae45f232667a60bdeef7f3


Banjir di Kedah pulih sepenuhnya selepas satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Kuala Muda semalam, ditutup sepenuhnya pada 3 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Belah itu dibuka tengah hari semalam untuk menempatkan mangsa banjir berikutan air naik secara mendadak selepas hujan tanpa henti selama beberapa jam di kampung itu.

Sebanyak 17 orang daripada enam keluarga berlindung di PPS berkenaan sebelum kesemuanya pulang ke rumah masing-masing petang ini.

 
Back
Top
Log in Register