BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumlah Mangsa Banjir Pahang Menurun, 79 Berada Di PPS

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
dcd8032ac0d7a094b70c729e3f8b513769293b4c369a8


Jumlah mangsa banjir di Pahang menunjukkan penurunan apabila 79 mangsa daripada 27 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8.30 pagi ini, berbanding 86 mangsa daripada 29 keluarga yang berada di lima PPS petang semalam.

Menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 14 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, Kuantan, manakala 35 mangsa daripada enam keluarga masih berada di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian, Maran.

Selain itu, 30 mangsa daripada 17 keluarga di Pekan masih berlindung di dua PPS iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah dan Sekolah Kebangsaan Pulau Manis.

Laman web infobanjir pula melaporkan setakat 8 pagi ini, paras Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan masih melepasi tahap bahaya.

Hujan lebat berterusan minggu lepas telah mengakibatkan beberapa daerah di Pahang dilanda banjir, dengan mangsa yang dipindahkan ke PPS direkodkan melebihi 13,000 orang.

 
Back
Top
Log in Register