BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mambang Pantry / The Dish Thief (British Columbia, Kanada)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1765856974108.png



Mambang Pantry / The Dish Thief (British Columbia, Kanada)



TLDR:
Hantu O.C.D di pantry syarikat logistik yang triggered bila ada pekerja guna mug atau tak basuh pinggan. Dia campak atau sorok mug/pinggan kotor sebab benci staff tak basuh!

-----------------
Kisah urban legend ni terkenal di kalangan pekerja logistik dan gudang besar di Kanada.
Cerita ini sering dikaitkan dengan tekanan kerja yang tinggi dan keperluan untuk kebersihan maksimum dalam industri logistik.



Tempat, Masa & Siapa



-> Tempat: Pejabat Bahagian Shipping dan Receiving, Tingkat 3, Rider Logistics Inc., Richmond, British Columbia, Kanada. (Kawasan ini dekat dengan Vancouver Port, jadi vibe dia memang sibuk).

-> Masa: Kejadian mula dilaporkan pada Musim Bunga 2018.

-> Siapa: Hantu OCD itu dipercayai Encik Ronald, seorang pengurus gudang yang dah pencen dan meninggal setahun sebelum itu.



Kejadian


Walaupun syarikat logistik, pejabat admin di Tingkat 3 akan sunyi sepi selepas syif malam berakhir (sekitar 11:30 malam) dan pada hari Ahad. Pantry yang jadi lokasi seram ni terletak jauh di hujung tingkat itu, dekat dengan bilik server yang sejuk.

  • Aduan yang kerap pasal pantry ni ialah mug peribadi yang hilang atau tiba-tiba jumpa dah pecah atas lantai dan pinggan mangkuk kotor yang berlonggak dalam sinki. Semua orang saling tuduh-menuduh.

  • Pegawai HR, Ms. Vivian, akhirnya pasang kamera CCTV kecil di sudut pantry (selepas mendapat kebenaran top management untuk siasat kes itu).
    • Rakaman CCTV: Pada malam Ahad, kira-kira jam 1:45 pagi, kamera merakam sesuatu yang pelik. Mug yang kotor (yang baru digunakan oleh seorang pekerja shipping) kelihatan tergelincir sendiri dari kaunter dan jatuh ke lantai pecah dengan bunyi yang kuat.
    • Suara/Keluhan: Pak guard yang dengar bunyi itu datang periksa, melaporkan bau kopi yang kuat dan bunyi orang mengeluh dan merungut yang jelas datang dari ruang simpanan sudu.


Konklusi


Menurut kisah, mendiang Encik Ronald dulunya memang sangat tegas tentang kebersihan dan amat membenci pinggan mangkuk kotor.

Urban Legend mengatakan dia masih 'bertugas' sebagai Hantu O.C.D yang memastikan pantry itu bersih, dan akan 'membaling' barang kotor sebagai tanda bengang/amarah.

Pihak Syarikat akhirnya meletakkan satu papan tanda di pantry yang berbunyi:

"SILA BASUH MUG DAN PINGGAN ANDA. RONALD SEDANG MEMERHATI."

Selepas papan tanda itu diletakkan, kes mug pecah dan pinggan mangkuk kotor dilonggokkan dalam sinki berkurangan secara mendadak.






Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register