BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

The Tiyanak: Bayi Di Celah Akar (Filipina)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
The Tiyanak: Bayi Di Celah Akar (Filipina)



Malam tu bulan penuh. Di suatu kawasan hutan tebal di wilayah Bulacan, Filipina, seorang petani yang balik lewat dari ladang bernama Mateo - ambil jalan pintas ikut denai hutan untuk balik ke kampungnya. Dia dah biasa lalu situ, jadi dia tak takut sangat. Dia cuma nak cepat sampai rumah, nak makan Adobo isteri dia masak. (Adobo = masakan tradisional Filipina macam ayam masak kicap berkuah)

Tengah jalan, tiba-tiba langkah Mateo terhenti.

Sayup-sayup, dia dengar bunyi.

‘Uwekk... uwekk...’

Bunyi bayi menangis.

Bunyi tu datang dari celah rimbunan pokok pisang hutan. Mateo serba salah. Hati dia kata "Jangan pergi", tapi naluri manusia dia kata "Kesian budak tu"… Yelah, manalah tahu ada mak yang tertinggal anak ke, atau mungkin jugak orang buang bayi.

Mateo suluh guna lampu picit. Di celahan akar pokok besar, dia ternampak satu bungkusan kain putih yang bergerak-gerak. Dia hampiri dan selak kain tu perlahan-lahan.

Ada seorang bayi lelaki, comel, kulit putih bersih, tengah menangis teresak-esak.

Mateo: "Dios ko (Ya Tuhan)... Siapalah yang tergamak buang kamu kat tengah hutan ni?"

Mateo terus angkat bayi tu, dodoi dalam pelukan. Bayi tu serta-merta diam. Mateo rasa lega. Dia pun sambung jalan laju-laju, niat nak bawak balik bagi isteri dia jaga sementara.

Tapi, lepas beberapa minit berjalan... Mateo rasa pelik.

Bayi dalam dukung dia ni makin lama makin berat.

Mula-mula berat macam 5kg, lepas tu rasa macam 20kg, sekarang rasa macam pikul guni beras sampai rasa nak tercabut tangan Mateo.

Tiba-tiba, bayi tu bersuara. Bukan menangis, tapi ketawa.

"Hehe... Heheee..."

Suara dia garau, macam suara perokok tegar.

Mateo tunduk tengok muka bayi dalam pelukan dia.

Muka bayi yang tadi comel, sekarang dah berubah.

Kulit dia jadi merah dan berkedut seribu macam orang tua. Mata dia kuning menyala.

Dan bila dia senyum... mulut dia penuh dengan gigi taring tajam macam ikan jerung.

Bayi (Tiyanak): "Sedap bau kau ni... Mateoooo..."


Pinoy.JPG


Mateo menjerit, terus campak benda tu ke tanah!

Gedebuk!

Benda tu tak menangis. Dia mendarat elok je atas empat kaki macam labah-labah. Kaki dia memanjang, kuku dia tumbuh panjang mencakar tanah. Dia melompat laju ke arah Mateo!

Mateo: "Tiyanak!!"




Mateo lari lintang pukang. Tapi dalam hutan tu, dia rasa macam berpusing-pusing kat tempat yang sama. Dia dengar bunyi ketawa Hehe... Hehe... tu datang dari segenap arah. Sekejap kiri, sekejap kanan, sekejap atas pokok.

Tiba-tiba Mateo teringat petua nenek dia - Kalau kena kacau dengan Tiyanak sampai sesat, kena buat satu benda pelik:

Terbalikkan baju.

Mateo berhenti, cepat-cepat bukak baju T-shirt dia, dan pakai semula secara terbalik. Sebaik sahaja dia buat macam tu, bunyi ketawa tu berhenti. Jalan keluar hutan tiba-tiba muncul depan mata. Mateo terus berlari sampai rumah, kunci pintu, demam 3 hari. Dia bersumpah takkan kutip mana-mana bayi dalam hutan lagi, walaupun bayi tu menangis air mata darah sekalipun.




  1. Apa itu Tiyanak?
Dalam mitos Filipina, Tiyanak adalah roh bayi yang mati sebelum sempat dibaptis (kepercayaan penganut Katolik), atau bayi yang digugurkan. Sebab tu dia berdendam dengan orang hidup.

  1. Kenapa Berat?
Tiyanak ni suka memanipulasi saiz. Dia boleh jadi kecik comel untuk pancing mangsa, tapi bila dah didukung, dia tukar balik ke wujud asal dia yang merupakan jembalang tua kerdil.

  1. Kenapa Terbalikkan Baju?
Orang tua-tua percaya makhluk halus ni "buta" sikit dengan logik manusia. Bila kita pakai baju terbalik, diorang jadi confuse dan geli, sebab bagi diorang susunan urat benang tu dah salah. Masa diorang tengah loading nak faham kenapa baju kau terbalik, masa tu lah kau lari!

Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register