lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
Zip Khemah / The Zipper (North Carolina, AS)
Pergunungan Appalachian, Amerika Syarikat.
Hutan kat sini antara yang tertua di dunia, dan peraturan orang sana mudah:
"If you hear something in the woods, no you didn't." (Kalau dengar bunyi, buat-buat tak dengar).
Ben, mamat solo camper yang berpengalaman, jenis ultralight backpacker. Dia ni suka masuk hutan yang jauh ke dalam, lari dari tapak perkhemahan awam sebab nak ketenangan kononnya. Kali ni dia ke Appalachian Trail, seksyen terpencil di North Carolina dan terjumpa satu spot cantik tepi sungai kecil, jauh dari laluan utama.
Malam tu, Ben masak megi, layan kopi, lepas tu masuk tidur dalam khemah kecil dia. Hutan Appalachian malam tu sunyi sepi. Cuma kedengaran bunyi air sungai mengalir.
Pukul 2 pagi, Ben terjaga. Bukan sebab bunyi bising, tapi sebab bau - bau busuk yang sangat kuat menusuk hidung dia menembusi kain khemah. Bau hanyir campur bau bangkai.
Ben tahan nafas. Tiba-tiba, dia dengar bunyi tapak kaki.
‘Prap... Krakk...’ (Bunyi ranting patah).
Bunyi tu bukan bunyi rusa atau beruang. Rusa jalan empat kaki, bunyi dia sekata. Beruang jalan berat.
Ini bunyi dua kaki. Tapi langkah dia menyeret.
Seret... Pijak... Seret... Pijak...
Benda tu berjalan mengelilingi khemah Ben. Dia terus kaku kejung dalam beg tidur. Tangannya menggenggam pisau belati yang sentiasa dibawanya ke mana-mana waktu camping. Jantungnya pulak berdegup kencang macam nak pecah, sampai dia rasa benda kat luar tu boleh dengar degupan jantung dia yang dah macam genderangan mau perang.
Tiba-tiba, Ben nampak bayang-bayang tangan dengan kuku yang panjang menekan kain khemah dari luar. Benda tu tengah raba-raba bentuk kepala Ben dari luar kain khemah.
Ben nak menjerit, tapi suara tersekat kat kerongkong. Kemudian, kedengaran bunyi yang paling Ben takuti - bunyi zip.
‘Zzzzippp...’
Zip pintu khemah dia ditarik perlahan-lahan dari bawah. Sangat perlahan.
Ben nampak celah bukaan zip tu mula membesar. Udara sejuk dan bau busuk tadi mula menerjah masuk. Kali ni dia nampak jari... jari yang kotor, hitam, dan kukunya panjang melengkung, sedang memegang kepala zip tu.
Ben tak boleh tahan lagi dah. Adrenalin pun mula ambil alih – dia jerit sekuat hati, "PERGI!!!" sambil dia cucuk-cucuk pisau belatinya tu tembus kain khemah ke arah bayang-bayang tu.
Masa tulah terdengar bunyi jeritan, tapi bukan jeritan hantu atau binatang... tapi jeritan suara manusia. Suara lelaki garau menjerit kesakitan. "ARGHHH!!!", diikuti dengan bunyi tapak kaki berlari laju masuk ke dalam hutan gelap.
Dia pergi buat laporan kat pejabat Renjer, tapi Renjer tu cuma mengeluh.
"Kamu bernasib baik dia lari. Minggu lepas, kami jumpa khemah kosong kat area tu. Barang semua ada, tapi orangnya hilang. Yang tinggal cuma zip khemah yang terbuka luas." Cerita Renjer tu.
Rupa-rupanya, kawasan tu memang ada laporan pasal Feral Humans (Manusia Liar) atau orang gelandangan yang dah gila duduk dalam hutan, yang suka hendap camper solo untuk curi makanan... atau… culik orang.
Refleksi Kisah
1. Feral Humans (Manusia Liar):
2. The "Zipper" Fear:
3. Bau Busuk:
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-
Pergunungan Appalachian, Amerika Syarikat.
Hutan kat sini antara yang tertua di dunia, dan peraturan orang sana mudah:
"If you hear something in the woods, no you didn't." (Kalau dengar bunyi, buat-buat tak dengar).
Kisah Bermula…Ben, mamat solo camper yang berpengalaman, jenis ultralight backpacker. Dia ni suka masuk hutan yang jauh ke dalam, lari dari tapak perkhemahan awam sebab nak ketenangan kononnya. Kali ni dia ke Appalachian Trail, seksyen terpencil di North Carolina dan terjumpa satu spot cantik tepi sungai kecil, jauh dari laluan utama.
Malam tu, Ben masak megi, layan kopi, lepas tu masuk tidur dalam khemah kecil dia. Hutan Appalachian malam tu sunyi sepi. Cuma kedengaran bunyi air sungai mengalir.
Pukul 2 pagi, Ben terjaga. Bukan sebab bunyi bising, tapi sebab bau - bau busuk yang sangat kuat menusuk hidung dia menembusi kain khemah. Bau hanyir campur bau bangkai.
Ben tahan nafas. Tiba-tiba, dia dengar bunyi tapak kaki.
‘Prap... Krakk...’ (Bunyi ranting patah).
Bunyi tu bukan bunyi rusa atau beruang. Rusa jalan empat kaki, bunyi dia sekata. Beruang jalan berat.
Ini bunyi dua kaki. Tapi langkah dia menyeret.
Seret... Pijak... Seret... Pijak...
Benda tu berjalan mengelilingi khemah Ben. Dia terus kaku kejung dalam beg tidur. Tangannya menggenggam pisau belati yang sentiasa dibawanya ke mana-mana waktu camping. Jantungnya pulak berdegup kencang macam nak pecah, sampai dia rasa benda kat luar tu boleh dengar degupan jantung dia yang dah macam genderangan mau perang.
Kemudian benda tu berhenti betul-betul di bahagian kepala Ben di luar khemah. Ben boleh dengar hembusan nafas benda tu. Berat dan berbunyi... ‘Hhhhrrr.... Hhhhrrr....’Tiba-tiba, Ben nampak bayang-bayang tangan dengan kuku yang panjang menekan kain khemah dari luar. Benda tu tengah raba-raba bentuk kepala Ben dari luar kain khemah.
Ben nak menjerit, tapi suara tersekat kat kerongkong. Kemudian, kedengaran bunyi yang paling Ben takuti - bunyi zip.
‘Zzzzippp...’
Zip pintu khemah dia ditarik perlahan-lahan dari bawah. Sangat perlahan.
Ben nampak celah bukaan zip tu mula membesar. Udara sejuk dan bau busuk tadi mula menerjah masuk. Kali ni dia nampak jari... jari yang kotor, hitam, dan kukunya panjang melengkung, sedang memegang kepala zip tu.
Ben tak boleh tahan lagi dah. Adrenalin pun mula ambil alih – dia jerit sekuat hati, "PERGI!!!" sambil dia cucuk-cucuk pisau belatinya tu tembus kain khemah ke arah bayang-bayang tu.
Masa tulah terdengar bunyi jeritan, tapi bukan jeritan hantu atau binatang... tapi jeritan suara manusia. Suara lelaki garau menjerit kesakitan. "ARGHHH!!!", diikuti dengan bunyi tapak kaki berlari laju masuk ke dalam hutan gelap.
Ben tak tunggu pagi. Dia keluar dari khemah, kemas barang ala kadar (khemah koyak tu dia tinggal), nyalakan lampu kepala paling terang, dan hiking keluar malam tu jugak sampai jumpa jalan raya.Dia pergi buat laporan kat pejabat Renjer, tapi Renjer tu cuma mengeluh.
"Kamu bernasib baik dia lari. Minggu lepas, kami jumpa khemah kosong kat area tu. Barang semua ada, tapi orangnya hilang. Yang tinggal cuma zip khemah yang terbuka luas." Cerita Renjer tu.
Rupa-rupanya, kawasan tu memang ada laporan pasal Feral Humans (Manusia Liar) atau orang gelandangan yang dah gila duduk dalam hutan, yang suka hendap camper solo untuk curi makanan... atau… culik orang.
Refleksi Kisah
1. Feral Humans (Manusia Liar):
- Ini adalah teori konspirasi popular di Taman Negara US (seperti Great Smoky Mountains).
- Dikatakan ada komuniti manusia yang putus hubungan dengan dunia luar, hidup dalam gua/hutan tebal, dan dah jadi kanibal atau gila. Mereka tak takut haiwan buas, tapi mereka pandai menyelinap.
2. The "Zipper" Fear:
- Ini adalah ketakutan psikologi utama campers. Bila kita dalam khemah, kita rasa "selamat" sebab tertutup.
- Tapi hakikatnya, zip tu boleh dibuka dari luar oleh sesiapa saja.
- Tips Renjer: Selalunya camper akan ikat kedua-dua kepala zip tu dengan cable tie atau mangga kecil dari dalam sebelum tidur. Biar susah sikit benda luar nak bukak.
3. Bau Busuk:
- Dalam folklore US, bau busuk daging reput/bagnkai selalunya dikaitkan dengan Bigfoot/Sasquatch atau Wendigo. Tapi dalam kes Ben, bau "sampah" tu lebih kepada bau manusia yang tak mandi bertahun-tahun.

Last edited: