lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
The Last Man Standing di Financial District, Manhattan, New York City, Amerika Syarikat.
Kisah ni adalah legenda urban yang berlegar di kalangan peguam dan jurubank muda (atau dipanggil ‘analyst’) yang terpaksa bekerja overtime di bangunan pencakar langit yang tinggi, terutamanya di sekitar Wall Street atau Midtown Manhattan.
TLDR: Roh client yang dah mati datang betulkan kesilapan dan buat salinan photostat pada laporan yang dia tak sempat settle masa hidup pada Malam Tahun Baru.
1. Lokasi, Masa Kejadian & Mangsa Kena Sakat
- Lokasi: Pejabat firma guaman besar di 45th Floor, 280 Park Avenue, Manhattan, New York.
- Waktu: 31 Disember 1999, pukul 11:15 Malam - Malam ‘Millenium Bug’, ketika suasana tegang dan sunyi sebab semua orang takut sistem jatuh, dan bergegas nak balik).
- Mangsa: Ethan G., seorang junior associate yang ditugaskan menyiapkan due diligence report untuk client penting, Encik Harrington.
Malam Tahun Baru... server utama firma telah ditutup pada jam 8 malam untuk persediaan 'Y2K' (Millenium Bug). Hanya komputer dan mesin photostat lama dalam server room sahaja yang masih ada bekalan kuasa kecemasan.
Ethan je satu-satunya staf yang masih tinggal. Dia pun dah letih dan hampir tertidur di meja. Tiba-tiba, dia dengar bunyi mesin fotokopi sedang digunakan datang dari bilik photostat di hujung koridor.
Dan bukan hanya bunyi photostat berdengung, tapi bunyi pintu mesin photostat dibuka, kertas diletakkan, dan ditutup semula. Ia berulang sebanyak tiga kali.
Ethan rasa pelik, dia bangun dan berjalan perlahan ke bilik photostat. Pintu kaca berkabus. Dia nampak bayangan seorang lelaki yang memakai sut sedang berdiri di hadapan mesin. Bahunya bergerak-gerak (tengah photostat).
Ethan berdehem kecil dan tegur dengan sopan, "Sir, I thought everyone had left. Need any help with that?" (Tuan, saya ingatkan semua orang dah balik. Perlukan pertolongan ke?”)
Lelaki bersut itu berpaling perlahan-lahan. Wajahnya lesu, pucat, dan matanya memandang kosong. Di tangannya ada sejilid dokumen... Mata Ethan terpaku pada dokumen tu… setahu dia, benda tu adalah laporan lama Encik Harrington.
Siapakah gerangan Encik Harrington?
Encik Harrington adalah client mereka yang terpaksa ditangguhkan projeknya kerana beliau telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung 3 hari sebelum itu. Dokumen yang dipegangnya itu adalah laporan yang Ethan print dan reject sebab ada kesilapan kecil pastu buang kat tepi mesin photostat tu pagi tadi.
Nampaknya… Encik Harrington tak boleh berehat selagi kerjanya tak selesai.
3. Epilog
Ethan terus lari turun tangga dari tingkat 45… dia tak berani guna lif. Esok paginya, dia cerita kat bos dia dan mereka periksa mesin photostat tu:
- Mesin itu tak bersambung ke mana-mana server dan power dia dah dimatikan dari plug kat tepi dinding sejak petang semalam.
- Yang menarik dan misteriusnya, di atas dulang output mesin, ada satu kepingan kertas photostat yang baru dicetak. Ia adalah muka depan laporan Encik Harrington, tetapi kesilapan ejaan kecil yang Ethan buat telah dibetulkan dengan pen merah... secara manual.
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-