lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
The Kushtaka: Jelmaan Manusia Di Sungai Ais (Alaska, AS)
Pernah tengok filem seram ’30 Days of Nights’ (2010) yang berdasarkan komik bersiri?
Ia tentang sebuah kampung kecil di Alaska yang sebaik saja nak masuk fasa 6 bulan tanpa matahari, mereka diserang oleh sekumpulan Pontianak/Vampire lapar yang bunuh dan buru orang kampung tersebut selama 30 hari.
Tapi yang ni cerita lain. Kita just ambik feel dari filem tu je hehe.
Kat Alaska sana, orang asli dia (puak Tlingit & Tsimshian) paling takut dengan satu makhluk ni.
Dia bukan pontianak macam 30 Days of Night tu, tapi dia lagi licik.
Dia guna taktik "Pura-pura menyelamatkan kau".
Nama dia Kushtaka (Manusia Memerang).
Lokasi: Pedalaman Alaska, dekat dengan sungai yang separa beku.
Musim sejuk di Alaska ni keras dan cukup memeritkan. Suhu jatuh mendadak. Joe, si Pencari Emas/Gold Miner yang degil, tengah duduk sorang diri panaskan badan tepi dapur dalam sebuah kabin kayu.
Tiba-tiba, dia dengar bunyi dari arah sungai.
‘Uwekk! Uwekk! Mommy!’ …terdengar bunyi budak perempuan menangis memanggil ibunya, dan bunyi bayi sedang meraung menangis. Jelas gila.
Joe terkejut. "Gila apa ada budak kecik kat luar ribut ni?"
Joe tak bertangguh, dia segera capai jaket tebal, ambil senapang, dan lampu pelita. Dia terus keluar menonong meredah salji tebal menuju ke arah tebing sungai, tempat dia dengar bunyi tadi yang semakin jelas dan kuat.
‘Help me! Mommy… it’s cold…’
Joe suluh lampu ke arah sungai. Dia nampak ada benda sedang terapung atas ketulan ais yang sedang hanyut di tengah-tengah sungai.
Benda tu… bentuknya macam seorang wanita sedang memeluk mendukung bayi. Dia melambai-lambai kat Joe.
Joe: "Hold on! I'm coming!"
Joe cepat-cepat berlari ke tebing, nak hulurkan ranting pokok panjang yang dia jumpa.
Bila Joe dah dekat, wanita tu kemudiannya mengangkat mukanya perlahan-lahan...
Joe tersentak dan berhenti mengejut.
Muka wanita tu... berbulu. Hidung dia hitam dan basah macam hidung binatang. Misai panjang tumbuh kat pipi.
Dan "bayi" yang dia peluk tu... sebenarnya ekor dia sendiri yang berbulu tebal.
"Wanita" tu menyeringai, menampakkan gigi taringnya yang tajam.
Tiba-tiba, dari arah belakang Joe - keluar berpuluh-puluh lagi makhluk berbulu yang sama dari dalam salji. Rupa diorang macam gabungan manusia dan memerang dengan saiz tubuh manusia.
Diorang tak serang Joe terus, sebaliknya, ketawa dengan bunyi yang aneh dan menyeramkan. Diorang mula datang dekat-dekat dan mengelilingi Joe, sambil buat bunyi ‘CHI-CHI-CHI’ (bunyi memerang).
Salah seekor dari menatang tu mula bersuara (tiru suara kawan Joe yang dah mati): "Joe... sejuk kan? Meh sini... kami panaskan..."
Diorang cuba "pukau" Joe supaya Joe rasa mengantuk dan relaks (tanda-tanda hypothermia sebab Joe dah agak lama berada di luar).
Tujuan Kushtaka ni satu je: Diorang nak "selamatkan" orang yang nak mati beku dengan cara menukarkan orang tu jadi seperti mereka juga. Menurut legenda, kononnya diorang akan curi roh mangsa dan jadikan dia hamba mereka.
Joe yang dalam keadaan separuh sedar dan bergelut dengan kesejukan melampau, terus melepaskan tembakan ke udara – ‘BANG!’
Oleh kerana Kushtaka ni takut dengan bunyi bising besi dan anjing, makhluk-makhluk tu semuanya bertempiaran lari terjun masuk ke dalam sungai ais tu. Joe tak tunggu apa lagi dan terus lari lintang-pukang balik ke kabin, kunci pintu, paku semua tingkap.
Sepanjang malam tu dia dengar bunyi cakaran kat dinding kabin, dan suara-suara lembut memujuk: "Joe... janganlah sombong... jom la keluar main dengan kami..."
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng

- Kushtaka ni makhluk apa?
- Dalam mitos puak Tlingit , Kushtaka ni bermaksud "Land Otter Man".
- Diorang ni shapeshifter. Boleh jadi manusia, boleh jadi memerang.
- Taktik diorang jahat: Diorang akan tiru suara bayi atau wanita menangis untuk pancing mangsa pergi ke air.
- Kenapa Memerang (Otter)?
- Kita nampak memerang comel kan? Tapi bagi orang Alaska, memerang ni haiwan yang licik, pandai berenang, dan bunyi diorang kadang-kadang macam suara manusia menjerit/ketawa.
- Sifat "Kushtaka" ni melambangkan bahaya mati beku. Bila orang nak mati beku, otak akan khayal (halusinasi) rasa selesa dan hangat... itulah "tipu daya" Kushtaka.
- Pantang Larang:
- Orang asli kat sana percaya, cara nak halau Kushtaka ialah dengan tembaga/besi atau air kencing pasal benda alah ni geli/takut dengan najis manusia.… Kalau sesat, kencing je kat sekeliling tempat tidur untuk buat "pagar".