lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
PEKERJA PEMBERSIHAN KUTIP JARI MANUSIA DI MALL KLENDER , JAKARTA, INDONESIA
Jakarta Timur - selepas tahun 2000
Mall Klender atau nama sekarangnya Citra Mall ni bukanlah mall biasa.
14 Mei 1998. Berlaku rusuhan reformasi di seluruh Jakarta. Rumah-rumah kaum Cina dibakar, kedai-kedai dijarah, wanita-wanita dirogol beramai-ramai. Di Yogya Plaza Klender, lebih 400 orang yang kebanyakan komuniti miskin setempat yang masuk menjarah barang masa rusuhan berlaku, lalu terperangkap dan mati hangus dalam kebakaran bangunan.
Nombor rasmi kerajaan Indonesia: lebih 400 maut. Nombor sebenar? Tak siapa tahu.
Dua perakara yang berlaku serentak semasa rusuhan:
1. Penganjuran Sistematik: Kumpulan provocateur (masih diperdebatkan siapa - ada teori melibatkan bahagian tertentu tentera di bawah arahan Prabowo Subianto ketika itu) pergi dari satu tempat ke satu tempat, bakar kedai, sasarkan komuniti Cina, serang perempuan
2. Mangsa Kebakaran: Pekerja mall yang tak sempat keluar dan sedikit mangsa yang kebetulan lalu lalang. Tapi majoritinya adalah orang kampung miskin sekitar Klender yang selama bertahun-tahun lihat mall mewah tu tapi tak mampu beli apa-apa. Bila pintu mall pecah dan provocateur tu dah hilang, semua orang kampung yang terdiri daripada orang dewasa, remaja, dan kanak-kanak yang ikut sekali - masuk untuk ambil barang-barang. Masa diorang tengah sibuk mencuri dalam mall, ia dikunci dari luar dan dibakar. Bukan secara tak sengaja. Bukan api merebak dari kedai. Ada saksi, ada laporan Komnas HAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Indonesia), yang mengesahkan pintu-pintu kecemasan disekat atau dikunci sebelum api dinyalakan.
(Provocateur: "provokator" atau "kelompok terlatih" sebab pergerakan mereka terlalu terancang untuk jadi rusuhan spontan.)
Tahun 2000, bangunan baru dibina di atas abu bangunan lama. Pelancong tak tahu. Pelanggan yang shopping happy je. Pekerja kat situ je yang tau sejarahnya.
Dan kutip benda-benda yang tak sepatutnya ada.
"Benda apa yang tak sepatutnya ada, Pak Yanto?" tanya wartawan.
Dia diam. Pastu cakap perlahan -
"Jari-jari kecik. Kadang-kadang jari budak. Di lorong belakang, dekat pintu kebakaran. Pagi-pagi sebelum opening, kami pungut, kami buang."
"Jari betul?"
"Mcm jari biasa. Berkulit, berkuku. Tapi dah sejuk. Dah tak berdarah."
"Dari mana datang?"
Pak Yanto angkat bahu. "Setiap pagi, bos kami cakap - jangan tanya, jangan cerita, jangan rakam. Bersihkan saja, buang. Kerja macam biasa."
Seorang lagi pekerja, Evi, 35, jaga kaunter kedai baju. Dia cerita pada wartawan VICE:
"Kalau kau berdiri tepat depan mall, tengah-tengah malam pukul 1 pagi macam tu, kau akan nampak perempuan-perempuan naik angkot (shuttle van). Tapi angkot tu dah takde dalam jadual. Atau pemandu angkot akan berhenti sebab ada orang tahan dan naik, tapi bila dia tengok cermin belakang... penumpang yang naik tu dah bertukar jadi lembaga hitam hangus, tersenyum lebar."
Tapi cuba pergi pukul 10 malam, waktu mall dah nak tutup. Perhati muka-muka pekerja pembersihan yang masuk dengan tolak troli besar. Diorang akan mengelak dari bertentang mata dengan kau. Bukan sebab sombong, tapi sebab diorang tau kalau kau duduk lama sangat dalam mall tu lepas dah tutup, diorang tak boleh jamin kau akan keluar sama macam masa kau masuk.
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain, mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa, tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-