BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Sasar Perkukuh Ekosistem AI, Bersaing Di Peringkat Global - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f28d7ceec352e54de2d3c04059f4818569ef428bcc939

fb Bernama Radio

Malaysia tidak berhasrat untuk kekal hanya sebagai pengguna kecerdasan buatan (AI), sebaliknya berusaha membentuk kerjasama dengan rakan strategik bagi membangunkan keupayaaan dan bersaing dalam ekonomi digital global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata berpandukan prinsip MADANI, tumpuan kerajaan adalah kepada rakyat, dengan usaha memacu kemajuan ekonomi dan kemakmuran berteraskan kesaksamaan serta keadilan sosial.

Anwar berkata justeru, Malaysia mahu bekerjasama dengan rakan strategik untuk membina keupayaan di samping bersaing dengan penuh keyakinan dalam ekonomi digital global.

“Seiring dengan nilai teras MADANI, penekanan kita adalah kepada rakyat, dengan matlamat untuk memupuk kemajuan ekonomi dan kemakmuran yang berlandaskan kesaksamaan serta keadilan sosial.

“Usaha transformasi digital yang hanya dipacu oleh kemajuan material semata-mata akan menjadi tidak produktif sekiranya membawa kepada ketaksaksamaan sosial yang lebih besar,” kata beliau ketika menyampaikan ucaptama di majlis pelancaran Makmal AI dan Pusat Inovasi Huawei di sini hari ini.

 
Back
Top
Log in Register