BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Perlu Perkukuh Keterjaminan Makanan Depani Krisis Global: Mohamad Sabu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Perlu Perkukuh Keterjaminan Makanan Depani Krisis Global: Mohamad Sabu​

1b56709104bb3db2a12790a0c22a25286a32a0de77e73

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu

Ketegangan geopolitik yang berterusan, termasuk konflik di Asia Barat, serta impak daripada fenomena El Nino menekankan kepentingan untuk memperkukuh keterjaminan makanan sebagai keutamaan strategik negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata perkembangan global muktahir ini menunjukkan bagaimana peperangan, perubahan iklim dan gangguan rantaian bekalan boleh menjejaskan secara langsung pengeluaran makanan dan ketersediaan bekalan makanan penting di seluruh dunia.

"Ketegangan geopolitik yang berterusan, perang di Asia Barat, impak El Nino yang menjejaskan pengeluaran pertanian di banyak negara, perlu menjadi pengajaran kepada kita bahawa keterjaminan makanan bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan strategik," katanya ketika melancarkan program Road To MAHA 2026 bagi Wilayah Persekutuan Labuan di sini, hari ini.

Mohamad Sabu berkata meskipun ketidaktentuan ekonomi global, cabaran tenaga dan risiko berkaitan iklim, kerajaan kekal komited untuk memperkukuh agenda keterjaminan makanan Malaysia.

Sementara itu beliau berkata program Road To MAHA mencerminkan kerjasama strategik erat antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dalam mempromosikan sektor agri-makanan negara.

Mohamad Sabu berkata Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026, yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dari 28 Ogos hingga 6 September depan akan membawa tema "Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan", dengan fokus utama kepada pemodenan.

Katanya, MAHA 2026 akan mempamerkan teknologi pertanian canggih, termasuk automasi, robotik, Internet Pelbagai Benda (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) bagi mempercepatkan transformasi sektor pertanian Malaysia.

"Kita mahu melihat pertanian berkembang menjadi industri moden yang dipacu teknologi yang lebih produktif, berdaya tahan dan mampu memastikan pengeluaran makanan yang mampan untuk negara," katanya.

Mohamad Sabu berkata siri Road To MAHA 2026 di seluruh negara, yang bermula di Kedah sebelum diteruskan ke Melaka, Klang dan Labuan, dijangka menarik penyertaan pengunjung yang lebih besar ke pameran itu.

 
Back
Top
Log in Register