BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Perkukuh Keterjaminan Makanan, Sasar Teraju Perdagangan Serantau

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Perkukuh Keterjaminan Makanan, Sasar Teraju Perdagangan Serantau​

c91e96de33a51021f8845dc778c63e856a60bd6d01a0c

ffd8807ce5481405189faeec382d2c1e6a60bd7f90a1c

37cb69c8d10cb2cda2469f8a515ab0e96a60bd8fa9e57

Kredit : Food & Drinks Malaysia by SIAL (FDM2026)

Malaysia memperkukuh keterjaminan makanan menerusi stok beras kira-kira 1.24 juta tan metrik, di samping meletakkan negara pada kedudukan sebagai peneraju serantau dalam perdagangan dan inovasi makanan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin berkata jumlah itu merangkumi 200,000 tan metrik di bawah Stok Penimbal Beras Negara serta kira-kira 1.04 juta tan metrik stok komersial yang dipegang oleh pengilang beras, pemborong dan peruncit.

Beliau berkata jumlah keseluruhan itu mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik sehingga enam bulan sekiranya berlaku gangguan terhadap bekalan beras antarabangsa.

Menurut Chan, perubahan iklim, konflik geopolitik, peningkatan kos pengeluaran serta gangguan rantaian bekalan global telah menjadikan keterjaminan makanan sebagai antara keutamaan dunia.

“Sistem makanan yang berdaya tahan bukan sahaja bergantung pada pengeluaran pertanian yang kukuh, malah turut memerlukan rantaian bekalan yang cekap, pembuatan bernilai tambah, inovasi dan akses pasaran. Semua ini adalah elemen penting dalam memperkukuh ekosistem makanan Malaysia,” katanya semasa berucap merasmikan edisi keempat Food & Drinks Malaysia (FDM) 2026 anjuran SIAL di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Chan berkata Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) telah dinaikkan daripada RM160 kepada RM300 sehektar bagi setiap musim bermula tahun ini, dengan disokong peruntukan tambahan sebanyak RM42 juta.

Kerajaan turut memperkenalkan Insentif Penuaian Padi (IPP) sebanyak RM50 sehektar bagi setiap musim, selain meneruskan pemberian subsidi baja dan racun perosak serta memantau harga baja di pasaran global.

Chan berkata FDM anjuran SIAL telah berkembang menjadi antara platform perdagangan makanan dan minuman utama ASEAN yang menghubungkan pengeluar, pembeli, pelabur, penggubal dasar serta pemain industri dari seluruh dunia.

“Kerajaan menyediakan persekitaran yang kondusif menerusi dasar yang mantap, pelaburan strategik dan kawal selia yang berkesan manakala industri memacu inovasi, membangunkan produk baharu, meluaskan pasaran dan mencipta nilai di sepanjang rantaian bekalan makanan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register