BTC USD 57,199.6 Gold USD 1,777.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis Pelancaran Program Usahawan Tani Muda Jaya

tokputih

CG Top Poster Club
Messages
27,260
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,260
Reaction score
862
Points
176
Tarikh : 22 Disember 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 ptg.
Tempat : Tapak Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor​

Program Usahawan Tani Muda Jaya merupakan satu program penjenamaan semula atau rebranding Program Pembangunan Siswazah Tani sedia ada. Pelaksanaan program ini diselaraskan dengan melaksanakan pembangunan secara berpakej di sepanjang rantaian nilai meliputi aspek latihan kemahiran dan keusahawanan; penyediaan infrastruktur dan premis perniagaan; pembiayaan; pembangunan produk; serta promosi dan pemasaran. Program ini juga akan melibatkan peranan bukan sahaja kementerian dan jabatan / agensi di bawah kementerian serta agensi-agensi lain malah turut melibatkan penyertaan aktif pihak swasta terutamanya dalam aktiviti hiliran / downstream serta promosi dan pemasaran. Pendekatan strategik seperti kontrak peladangan dan anchor-vendor akan digunakan dalam memastikan pelaksanaan yang berkesan program ini.

Masalah utama sektor pertanian kini adalah kekurangan tenaga mahir di kalangan golongan muda yang merupakan pelapis kemajuan negara. Justeru itu, pelaksanaan program ini diharap mampu membudayakan dan menarik minat golongan muda terutamanya kumpulan siswazah menceburi sektor pertanian. Kementerian yakin melalui perancangan yang rapi, program yang tersusun dan penggemblengan usaha semua pihak mampu menjadikan sektor pertanian diminati oleh golongan muda asalkan ianya mampu member pulangan yang lumayan kepada mereka.

Pada tahun 2010, kementerian akan memulakan program ini dengan hanya melibatkan seramai 100 siswazah / belia yang mempunyai kemahiran dalam sektor pertanian. Siswazah / belia ini akan diberikan latihan keusahawan berasaskan konsep inkubator dan seterusnya dibangunkan dengan segala kemudahan dan bantuan sehingga ke promosi dan pemasaran dengan kerjasama erat pihak swasta. 100 siswazah / belia akan dijadikan sebagai KPI Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) pula, kementerian berhasrat akan memperluaskan program kepada golongan siswazah dan belia dalam pelbagai bidang kemahiran untuk menceburi sektor pertanian. Dengan kata lain, graduan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat sekiranya berminat boleh menyertai program ini. Kementerian berharap melalui inisiatif ini, ianya akan dapat membantu masalah kekurangan tenaga mahir muda dalam sektor pertanian di samping mengurangkan penganguran di kalangan siswazah.

Program Usahawan Tani Muda Jaya merupakan satu program pertanian menyeluruh yang dilaksanakan secara berpakej dan semestinya ianya memerlukan satu jangkamasa yang lama untuk dinilai dari segi keberkesanannya. Namun begitu, bagi pelaksanaan pada tahun 2010, kementerian mensasarkan golongan muda atau siswazah yang terlibat akan mampu bersaing dalam dunia perniagaan dengan pendapatan melebihi RM2,000 sebulan pada penghujung tahun 2010.
Program ini akan berlangsung pada 22 Disember 2009 (Selasa) di Tapak Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor yang akan dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Program ini akan bermula pada 8.00 pg sehingga 3.00 ptg. Pelbagai aktiviti disediakan seperti Forum & Dialog Tani Bersama Peserta, Klinik Tani – Jabatan dan Agensi di bawah MoA, Rundingan Pembiyaan Pertanian, Pameran dan Jualan Produk Pertanian.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak urusetia di talian 03-8870 1689/ 1690/ 1705/ 1680/ 1682/ 1685/ 1700.

saper yang berminat bolehler hadir sok... :)cgrock
 
Sponsored Post

aes

Super Active Member
Messages
9,557
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
tok pergi ke?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register