BTC USD 75,740.9 Gold USD 4,327.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Bertudung dalam atau luar drama, tiada komen daripada saya’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Bertudung dalam atau luar drama, tiada komen daripada saya’​

WhatsApp-Image-2026-06-08-at-09.33.46.jpeg

Fasha Sandha enggan mengulas tentang penampilannya yang tidak berhijab dalam drama terbaru lakonannya, Love Of My Life.

‘Bertudung dalam atau luar drama, tiada komen daripada saya’ SHAH ALAM – Pelakon terkenal Fasha Sandha enggan mengulas tentang penampilannya yang tidak berhijab dalam drama terbaru lakonannya, Love Of My Life.

Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkongsi video babak dalam drama yang masih menjalani penggambaran itu dalam akaun Instagram lantas menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

“Apa yang saya boleh katakan, saya tiada komen mengenai isu ini. Memang dari dulu sampai sekarang saya tak pernah komen apa-apa.

“Saya masih mengambil pendekatan untuk tidak komen sama ada saya berhijab dalam drama atau pun di luar drama.

“Memang sejak lebih setahun lalu orang akan bertanya soalan yang sama. Tetapi saya tetap takkan komen apa-apa,” katanya ketika ditemui pada konsert minggu kelapan Talk To My Manager 2, di sini, semalam.

Tambah pelakon filem Berlari Ke Langit itu lagi, dia tidak kisah dengan kesan atas tindakannya memuat naik video tersebut dalam media sosial.

“Saya menghargai setiap pertanyaan mereka yang peduli tentang saya. Untuk yang menghakimi, saya tak kisah,” jelasnya.

Ditanya adakah penampilannya yang tidak berhijab dalam drama arahan Shahrulezad itu atas tuntutan watak, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2017 ini tetap teguh dengan pendiriannya untuk tidak memberi sebarang komen.

“Apa yang boleh saya katakan bukan kehendak penerbit atau pengarah. Saya harus melindungi mereka. Itu sahaja yang boleh saya cakap,” ujarnya.

Ujarnya lagi, daripada sibuk peduli tentang isu dia bertudung ataupun tidak, lebih baik ambil tahu tentang isu semasa yang lebih penting.

“Saya rasa lebih baik fokus kepada isu-isu semasa yang lain yang lebih penting daripada sibuk nak fikir tentang penampilan saya. Buang masa mereka sahaja.

“Kesian kepada mereka yang asyik bertanya tentang penampilan saya. Sebab lagi setahun, dua tahun atau empat tahun saya tetap tak akan komen apa-apa,” katanya. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alamak, Fasha ada pendirian sendiri lah, suka2 dia je nak komen atau tak. Tapi kalau asyik dok post kat IG, tak yah lah malas2 nak explain sikit. Dah tau netizen tu cepat je speku! 🤭

 
Back
Top
Log in Register