BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Akan Perkasa Ekonomi Wanita Muda Menerusi Program Kemahiran Sekolah - Nancy

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

Kerajaan Akan Perkasa Ekonomi Wanita Muda Menerusi Program Kemahiran Sekolah - Nancy​

010dd04430078b64f82eec9d3616886e6a11525de6913

c360e6eb3033dc87d08b3f6ff81b44fe6a115290476ca

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri ketika sidang media selepas Perasmian Persidangan Rotary 2026 (DisCon26) di bawah tema penyatuan "Bersatu Demi Kebaikan" di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, hari ini.

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) – Kerajaan akan melancarkan program pembangunan kemahiran untuk kanak-kanak perempuan di sekolah di seluruh negara tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pemerkasaan ekonomi dalam kalangan wanita muda.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata inisiatif itu bertujuan untuk mempersiapkan kanak-kanak perempuan dengan kemahiran praktikal sebelum menamatkan persekolahan bagi membolehkan mereka menjana pendapatan dan tidak bergantung kewangan kepada orang lain pada masa hadapan.

Beliau berkata program itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan isu sosial melalui pemerkasaan wanita dan meningkatkan bilangan wanita yang berdikari dari segi kewangan di negara ini.

“Sebelum menjadi wanita dewasa, mereka adalah kanak-kanak perempuan. Itulah sebabnya (mengapa) kami pergi ke sekolah untuk menyediakan program kemahiran kepada mereka.

“Mereka boleh menguji kemahiran mereka, dan pada masa depan, mereka boleh menjual produk mereka dan menjana pendapatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan Rotary District Conference 2026, di Bangsar, hari ini.

Nancy berkata program pembangunan kemahiran itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara, terutamanya selepas peperiksaan sekolah utama, tertakluk kepada kelulusan dan penyelarasan dengan sekolah.

“Kita ada sekolah (sasaran) untuk inisiatif ini, tetapi ia bergantung kepada kementerian yang terlibat, kerana kita perlu bekerjasama dengan PPD di setiap kawasan.

“Jika diluluskan, kita boleh mengambil pelajar (untuk program kemahiran) selama dua hingga tiga hari selepas peperiksaan untuk membina kemahiran mereka supaya mereka bukan sahaja kukuh dari segi akademik, tetapi juga dilengkapi dengan kemahiran praktikal untuk masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya sedang giat berusaha untuk meluaskan kerjasama dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Rotary International, bagi menangani isu sosial dan menambah baik kebajikan masyarakat.

 
Back
Top
Log in Register