BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Terus Perkukuh Peranan RELA Menerusi Latihan Kemahiran Baharu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Terus Perkukuh Peranan RELA Menerusi Latihan Kemahiran Baharu​

e22d73070446d1b152632ac92ca4bdbc6a538baf5f23b


Kerajaan terus memperkukuh peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menerusi pelbagai latihan kemahiran baharu, pengurusan bencana sistematik, pertolongan cemas yang profesional dan kefahaman berkaitan keselamatan digital.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata ia seiring dengan peranan penting RELA sebagai antara agensi keselamatan negara yang juga aset strategik negara dalam membantu menjaga keselamatan dan keamanan negara.

“Dalam fasa 54 tahun penubuhan RELA, cabaran keselamatan sudah jauh berubah dan kita bukan lagi sekadar berhadapan ancaman fizikal atau gerila di dalam hutan seperti 1972.

“Sebaliknya, hari ini kita berhadapan dengan ancaman siber, jenayah rentas sempadan, penyebaran maklumat palsu, keselamatan komuniti dan perubahan iklim yang membawa bencana luar jangka,” katanya.

Shamsul Anuar berkata demikian ketika berucap pada Hari Ulang Tahun RELA ke-54 dan Karnival Jelajah Wira MADANI yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Pengarah RELA Datuk Rosli Yaakub di sini hari ini.

Beliau berkata hari ini, RELA berdiri sebagai sebuah jabatan yang moden, tersusun dengan struktur organisasi mantap, dilengkapi latihan, peralatan dan kepakaran setanding dengan agensi keselamatan lain.

Beliau berkata evolusi itu membuktikan RELA sentiasa relevan dan mampu menyesuaikan diri dengan cabaran semasa, bukan sahaja membantu dalam rondaan komuniti serta kawalan acara besar tetapi juga sebagai mata dan telinga tambahan kepada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, beliau berkata RELA adalah bukti semangat sukarela serta patriotisme masih subur dalam jiwa rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Shamsul Anuar berkata kerajaan memberi jaminan untuk memastikan kebajikan dan keperluan warga jabatan itu sentiasa diberi perhatian termasuk penambahbaikan kebajikan anggota, peluang latihan serta pengiktirafan rasmi sebagai antara agensi keselamatan negara.

 
Back
Top
Log in Register