BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Letak bayaran sesuka hati

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_07.1.jpg


KUALA LUMPUR – Sudahlah kutip parkir secara haram, bayarannya pula cekik darah. Itu luahan beberapa pengunjung di bazar larut malam Uptown Danau Kota yang terkejut apabila sindiket yang menjalankan kegiatan mengutip bayaran tempat letak kereta haram atau ‘ulat parkir’ menaikkan harga bayaran daripada RM3 kepada RM5.

Menurut seorang pengunjung, Fazliana Abu Hasan, 26, tindakan ulat-ulat tersebut melampaui batas dan jelas menipu orang ramai yang ingin membuat persiapan untuk hari raya yang bakal disambut tidak lama lagi.

“Ini bukan kali pertama saya datang ke sini dan terkejut apabila mereka naikkan bayaran sesuka hati. Ini memang sudah melampau dan cekik darah,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Fazliana yang tinggal di Wangsa Maju berkata, kumpulan tersebut terdiri daripada golongan remaja turut memberikan tiket letak kereta untuk mengaburi mata orang ramai yang mungkin tidak mengetahui kegiatan tersebut adalah haram.

“Walaupun geram dengan perkara ini, saya terpaksa bayar kerana bimbang mereka akan cuba melakukan sesuatu ke atas kereta saya,” jelasnya.

Kosmo! pada Khamis lalu melaporkan, sekumpulan lelaki yang mengutip bayaran letak kereta secara haram dikesan aktif melakukan kegiatan itu di kawasan bazar tersebut sejak awal Ramadan lalu.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Nor Faizah Abu Hasan, 30, berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut yang memang menipu orang ramai.

“Bagi saya ini adalah satu rompakan secara terhormat. Harap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak polis ambil tindakan. Lagi pun Balai Polis Danau Kota terletak berhampiran dengan kawasan ini,” ujarnya.

Uptown Danau Kota merupakan satu daripada lokasi beli-belah terkenal di ibu kota yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, gajet, aksesori, beg dan kasut.



sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
 
banyak tempat lagi macam ni

uptown senawang pun sama
 
btol tu,dlu sblum posa rm3-la ni rm5,kt resit siap ejas pkai pen je tulisan tu,
 
So, dimanakah pihak berkuasa? Adakah mereka belum mengetahui ataupun sudah lama mengetahui kegiatan ini tetapi sengaja menutupi mata dan telinga?
apakah bla bla bla.....puihhh!
 
pergh, satu kereta RM5,
kalo 100 dah RM500,
modal kertas resit sekeping jea..
DBKL kena la pantau..
amek kesempatan tol, dem
 
Tu la klu x byr dicalarkan nanti kete.
Elok sumbat jer diaorg ni dlm penjara.
 
stendet malaysia. akibat penguatkuasaan lemah.
 
aku pegi byk kli, xpernah kne pn..ltak sebelah mana kne pau ni..?
 
Setiap rumah mesti ada 2 3 biji kereta, kalau seorang bapa mempunyai 4 orang anak sudah dewasa dapat kerja, mereka akan beli kereta takkanlah nak agih memandu.
 
Aku baru kena 2 hari lalu. Belanja raya punya pasal
 
Back
Top
Log in Register