BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Putus Kaki Akibat Mercun, Polis Kesan Penjual Tidak Sah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
4bc2af13e4d710d7193919308e8a29dc6997ff0179236


Polis Johor sedang mengesan penjual mercun dan bunga api yang dipercayai menjual bahan terlarang hingga mengakibatkan seorang lelaki putus kaki kiri ketika bermain mercun di hadapan rumahnya di Segamat, Selasa lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata siasatan awal mendapati bunga api digunakan mangsa adalah dalam kategori tidak diluluskan serta tidak tersenarai dalam 45 jenis bunga api yang dibenarkan untuk pemilikan dan pengimportan.

“Bahan berkenaan dibeli, dimiliki dan dibakar secara tidak sah pada masa kejadian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Lapor Diri Timbalan Ketua Polis Johor serta Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor di sini hari ini.

Dalam kejadian di Taman Damai Jaya, Bukit Siput itu, mangsa berusia 32 tahun kudung kaki kiri selepas bunga api jenis shoot cake 4 (D) 16 shot (premium) meletup ketika dinyalakan di hadapan rumahnya sempena Tahun Baharu Cina.

Ab Rahaman berkata mangsa pada mulanya menerima rawatan di Hospital Segamat sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Melaka untuk rawatan lanjut dengan kes disiasat  di bawah Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Beliau berkata tindakan tegas termasuk pembatalan lesen akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjual mercun atau bunga api tidak tersenarai dalam kategori diluluskan.

Sementara itu pada majlis hari ini, menyaksikan DSP Hoo Chuan Huat dilantik Timbalan Ketua Polis Johor yang baharu, manakala ACP Mohd Zairi Badderul@Badrol dilantik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor.

 
Rare ni polis cari penjual mercun sebab pembeli jadi kudung.
Sebab apa ya 🤔
 
Kan dah ada lesen jual
 
Back
Top
Log in Register