BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Kesan Lelaki Dipercayai Pukul, Ugut Pengguna Jalan Raya

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Kesan Lelaki Dipercayai Pukul, Ugut Pengguna Jalan Raya​

d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai memukul dan mengugut seorang pengguna jalan raya susulan perselisihan faham berkaitan pemanduan di Kilometer 276 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hala Seremban, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Johari Yahya berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan suspek dan mangsa, kedua-duanya lelaki berusia lingkungan 30-an pada 6.40 petang tadi.

“Siasatan awal mempercayai kejadian kira-kira 11 pagi itu berpunca daripada perselisihan faham berkaitan pemanduan.

“Suspek dipercayai memukul mangsa sehingga terjatuh dan mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan jenayah sebelum dileraikan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti identiti suspek dan kenderaan terlibat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Johari meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai melalui talian 06-790 4222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register