kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Lelaki Cenderung Pendam Emosi, Sukar Berkongsi Dengan Pasangan - LPPKN
-- Gambar hiasan
Cabaran terbesar dalam membendung isu maskuliniti toksik dalam sesebuah rumah tangga bukanlah keengganan untuk berubah, sebaliknya ketidaksedaran lelaki bahawa tindakan mereka sebenarnya menimbulkan masalah kepada pasangan.
Ketua Penolong Pengarah Unit Kaunseling dan Intervensi Bahagian Kesejahteraan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Md Noh Saiman berkata keadaan itu dalam fasa psikologi disebut sebagai prakontemplasi.
“Dalam kes kaunseling yang kami jalankan di LPPKN, banyak isu melibatkan lelaki yang tidak sedar tingkah laku mereka mewujudkan masalah.
“Maksudnya, mereka berada dalam fasa prakontemplasi, tidak tahu perkara itu tidak elok dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya semasa Podcast KASIH Lensa Keluarga “Lelaki Budiman, Bukan Sekadar Macho”.
Beliau berkata isu prakontemplasi itu bukan berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya terhasil daripada proses pembesaran dan corak asuhan sejak kecil.
Md Noh berkata lelaki mewarisi perilaku atau personaliti daripada persekitaran terdahulu tanpa menyedari tindakan itu diserap menjadi sebahagian daripada identiti mereka, termasuk kecenderungan bertindak secara fizikal ketika marah.
“Justeru, apabila dewasa lelaki cenderung berpegang kepada prinsip ‘Inilah diri aku, kenapa aku nak berubah’.
“Lelaki tidak merasakan ada keperluan untuk berubah dan sifat inilah yang menyebabkan wanita melihat mereka sebagai lelaki yang mempunyai sifat maskuliniti toksik,” katanya.
Menurut Md Noh, stigma masyarakat juga menyumbang kepada prakontemplasi kerana sejak kecil anak lelaki dididik supaya tidak menunjukkan kelemahan atau menangis, akhirnya mereka membesar dengan memendam emosi sendiri dan gagal memahami impak emosi terhadap pasangan.