BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa Perlu Main Peranan Lebih Besar Dalam Aspek Emosi, Pendidikan Anak - LPPKN

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Bapa Perlu Main Peranan Lebih Besar Dalam Aspek Emosi, Pendidikan Anak - LPPKN​

087322f2e2ccee4165b2ddc8b7a2ed836a3c7bc82dcc3

f30ed8e9aba1d7ec5e176e58a59488ca6a3c7bb927769

Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga LPPKN,Rosmonaliza Abdul Ghani

Perubahan landskap kehidupan masa kini menuntut golongan bapa memainkan peranan lebih besar dalam aspek komunikasi, sokongan emosi dan pendidikan anak-anak.

Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Rosmonaliza Abdul Ghani berkata peranan seorang bapa pada masa kini tidak lagi terhad sebagai pencari nafkah, sebaliknya turut berfungsi sebagai ejen perubahan dalam membentuk institusi keluarga yang harmoni dan berdaya tahan.

“Komunikasi yang berkesan dalam keluarga penting bagi memastikan peranan seorang bapa terus relevan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

“Kalau dahulu ayah dilihat sebagai pemberi nafkah, kini mereka juga merupakan ejen perubahan dan figura penting dalam membentuk sebuah keluarga,” katanya dalam Podcast KASIH Lensa Keluarga bertajuk “Sehebat Kasih Bapa”, yang turut menampilkan pengasas dan Ketua Aktivis Pertubuhan Jejak Jalanan, Abbe Hae.

Rosmonaliza berkata semakin ramai golongan lelaki kini lebih terbuka untuk mendapatkan bantuan profesional dan mengikuti sesi kaunseling bersama pasangan serta anak-anak.

Beliau berkata LPPKN menyediakan pelbagai program sokongan termasuk kaunseling, terapi dan ujian personaliti bagi membantu golongan bapa yang berdepan tekanan kewangan, masalah kesihatan mental serta cabaran kehidupan.

“Di LPPKN, kita sentiasa membuka ruang untuk mereka berkongsi masalah kerana kita tidak mahu golongan bapa berasa bersendirian dalam menghadapi cabaran hidup,” katanya.

Beliau berkata keterbukaan golongan lelaki untuk mendapatkan khidmat kaunseling juga semakin meningkat, termasuk dalam kalangan mereka yang mengikuti sesi kaunseling keluarga bersama anak-anak.

Sementara itu, Abbe berkata berdasarkan pengalaman mendampingi golongan miskin bandar dan anak jalanan, banyak masalah sosial berpunca daripada ketiadaan figura bapa yang berfungsi dalam keluarga.

 
Back
Top
Log in Register