BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Perlu Main Peranan Lebih Besar, Perluas Penyelesaian AI Tempatan Untuk ASEAN - Teo

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Perlu Main Peranan Lebih Besar, Perluas Penyelesaian AI Tempatan Untuk ASEAN - Teo​

dd273e6f459551968979ae64c478d88c6aa292c09bc25

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menyampaikan ucapan pada Majlis Penutupan M360 GSMA ASEAN di Hotel Grand Hyatt hari ini.

Malaysia perlu memainkan peranan lebih besar daripada sekadar menjadi pengguna kecerdasan buatan (AI) dengan meletakkan asas bagi syarikat korporat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula untuk membangunkan dan memperluas penyelesaian teknologi itu bagi pasaran ASEAN.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata aspirasi AI Malaysia perlu melangkaui sekadar penggunaan teknologi sebaliknya disokong oleh asas digital yang kukuh merangkumi ketersambungan, kapasiti pengkomputeran, infrastruktur awan dan data serta rangkaian pintar, berdaya tahan dan selamat.

"Malaysia perlu menyediakan asas untuk syarikat korporat, PKS dan syarikat pemula untuk membangun, melaksana serta memperluas penyelesaian AI bagi pasaran Malaysia dan rantau ASEAN yang lebih luas," katanya dalam ucapan penutup pada sesi M360 ASEAN 2026 bertajuk AI-First Enterprises: Driving Innovation and Business Transformation di sini hari ini.

Beliau berkata AI bukan lagi sekadar teknologi yang diguna pakai oleh perusahaan sebaliknya menjadi keupayaan asas yang akan menentukan cara perniagaan bersaing, berinovasi dan mencipta nilai kerana syarikat-syarikat di seluruh ASEAN kini bergerak melangkaui fasa percubaan serta menilai semula operasi, model tenaga kerja dan proses pembuatan keputusan mereka.

"Malaysia sudah mempunyai asas ketersambungan yang kukuh, dengan liputan Internet di kawasan berpenduduk mencapai 99.75 peratus setakat 31 Julai 2026 di bawah inisiatif JENDELA manakala pelaksanaan peluasan 5G yang berterusan dan kabel dasar laut SALAM turut meningkatkan kapasiti serta daya tahan rangkaian," katanya.

Teo berkata menjadi organisasi yang mengutamakan AI juga harus bermakna mengutamakan rakyat kerana teknologi itu akan mengubah landskap pekerjaan, kemahiran dan cara organisasi beroperasi sekali gus menuntut usaha berterusan untuk melatih semula serta meningkatkan kemahiran bagi mempersiap rakyat Malaysia mendepani ekonomi yang dipacu AI.

“Justeru, kejayaan AI tidak seharusnya diukur hanya berdasarkan kecanggihan teknologi tetapi juga sejauh mana manfaatnya dapat dikongsi secara meluas. PKS dan komuniti juga harus berupaya untuk turut serta dalam transformasi ini,” katanya.

Beliau berkata inovasi perlu berkembang seiring dengan kepercayaan kerana AI semakin diterapkan dalam operasi perniagaan dan proses membuat keputusan sekali gus menjadikan aspek privasi, keselamatan siber, ketelusan serta akauntabiliti semakin penting.

“Bagi perniagaan, penggunaan AI secara bertanggungjawab bukan sekadar soal pematuhan kerana kepercayaan akan menjadi kelebihan daya saing.

 
Back
Top
Log in Register