combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Meta Perlu Perluas Ciri Keselamatan Pengguna Bawah Umur Ke Seluruh Dunia - Teo
Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ditemui media selepas melawat gelanggang futsal yang mengalami beberapa kerosakan di Taman Desa, Kulai hari ini.
Kerajaan berharap agar Meta memperluas ciri keselamatan bagi pengguna Facebook dan Instagram bawah 18 tahun ke seluruh dunia secepat mungkin, termasuk had penggunaan harian dan sekatan akses pada waktu malam.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata langkah berkenaan selari dengan hala tuju kerajaan untuk memastikan golongan muda khususnya mereka yang berumur bawah 16 tahun tidak menggunakan media sosial secara berlebihan.
Beliau berkata ciri keselamatan berkenaan tidak seharusnya terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat (AS) kerana golongan muda di negara lain termasuk Malaysia turut berdepan risiko ketagihan Internet.
“Langkah ini sangat penting untuk kita pastikan bahawa ketagihan Internet ini boleh ditangani dengan baik dan kita mahu pastikan bahawa apabila semua orang ada akses kepada Internet, golongan muda juga dapat perlindungan diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau gelanggang futsal yang mengalami kerosakan di Taman Desa Kulai di sini hari ini.
Teo berkata demikian sebagai mengulas penyelesaian tindakan undang-undang melibatkan Meta dengan 47 negeri, District of Columbia dan beberapa wilayah AS berhubung dakwaan Facebook dan Instagram direka dengan ciri yang boleh menyebabkan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Menerusi penyelesaian itu, Meta bersetuju membayar sehingga USD17.1 bilion selain melakukan beberapa perubahan terhadap Facebook dan Instagram bagi meningkatkan perlindungan pengguna bawah umur.
Teo berkata antara perubahan itu ialah mengehadkan penggunaan kedua-dua platform berkenaan kepada dua jam sehari bagi pengguna bawah 18 tahun serta mengehadkan akses dari 12 tengah malam hingga 6 pagi.
Meta juga akan menambah baik pengesahan umur dan mengurangkan beberapa ciri yang boleh mendorong penggunaan secara berlebihan.
“Ciri seperti ‘infinite scroll’ dan ‘auto-feed’ akan dihentikan dan Meta juga berjanji untuk menyembunyikan jumlah ‘likes’ bagi pengguna bawah umur.