combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Lelaki mampu layan pasangan ‘shopping’ cuma 26 minit
Gambar hiasan. - Dreamstime
LONDON – Satu kajian mendapati bahawa lelaki mula berasa bosan selepas hanya 26 minit membeli-belah bersama pasangan mereka.
Kajian disiarkan laman berita MailOnline itu mendapati kira-kira 80 peratus golongan lelaki mengaku aktiviti beli-belah pakaian adalah sesuatu yang membosankan.
Antara faktor utama menyebabkan situasi itu berlaku termasuk mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan, lapar, terlepas menonton rancangan televisyen atau perlawanan sukan kegemaran.
Golongan wanita pula akan berasa letih selepas dua jam, terutamanya jika mereka belum menemukan barang yang dicari.
Kajian sama menunjukkan bahawa walaupun lelaki dan wanita mempunyai had selesa berlainan ketika membeli-belah, mereka cenderung untuk hilang kesabaran atas sebab yang berbeza. – AGENSI
Lelaki mampu layan pasangan ‘shopping’ cuma 26 minit
LONDON - Satu kajian mendapati bahawa lelaki mula berasa bosan selepas hanya 26 minit membeli-belah bersama pasangan mereka.Kajian disiarkan laman berita MailOnline itu mendapati kira-kira 80 peratus golongan lelaki mengaku aktiviti beli-belah pakaian adalah sesuatu yang membosankan. Antara...
www.kosmo.com.my