BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarawih 20 rakaat termasuk witir cuma 13 minit

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
geli-tarawih-1.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan jemaah mengikuti imam menunaikan solat tarawih dengan pantas. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di Blitar, wilayah Jawa Timur menunjukkan jemaah menunaikan solat tarawih 20 rakaat termasuk witir dalam masa cuma 13 minit.

Kejadian berlaku di Sekolah Pondok Mambaul Hikam, daerah Udanawu semalam.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @rezafebriantooo_ menunjukkan orang ramai mengikuti imam menunaikan solat tarawih termasuk witir tiga rakaat.

Apa yang menarik perhatian adalah mereka melakukan gerakan-gerakan dalam solat dengan amat pantas.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Ini imam yang saya cari-cari,” kata seorang netizen.

“Masjid di kawasan saya habis pukul 9.30 malam (waktu tempatan),” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register