BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masalah Kesuburan Lelaki Punca Hampir Separuh Kes Pasangan Sukar Hamil- LPPKN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
b143f01ee707c8c78683fd8736cb8db9694bed8e049e6

Doktor dari Pusat Kepakaran Subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Ahmad Zaki Asraf

Masalah kesuburan dalam kalangan lelaki menyumbang hampir separuh daripada punca pasangan sukar mendapatkan zuriat, kata Pegawai Perubatan Pusat Kepakaran Subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Ahmad Zaki Asraf.

Bagaimanapun, beliau berkata isu tersebut masih kurang dibincangkan dan sering disalahertikan sebagai masalah wanita semata-mata.

“Dalam masyarakat, apabila pasangan gagal hamil, wanita sering menjadi pihak yang dipersalahkan sedangkan realitinya lelaki juga mempunyai peranan besar dalam isu ini.

“Berdasarkan data antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), faktor lelaki menyumbang kira-kira 45 peratus kepada masalah kesuburan pasangan,” katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Podcast Kasih Lensa Keluarga bertajuk ‘Lelaki Sihat Luar Dalam’ terbitan Bernama TV, malam ini.

Beliau berkata masalah kesuburan lelaki secara umumnya melibatkan dua komponen utama iaitu aspek seksual dan kualiti sperma, dengan faktor sperma dikenal pasti sebagai penyumbang terbesar.

Dr Ahmad Zaki berkata analisis sperma yang dijalankan di LPPKN menunjukkan kira-kira 60 peratus sampel sperma lelaki didapati tidak normal, melibatkan tiga aspek utama iaitu bilangan sperma, pergerakan dan bentuk sperma.

“Bilangan sperma yang sihat sepatutnya melebihi 15 juta bagi setiap mililiter, pergerakan aktif ke hadapan melebihi 32 peratus dan sekurang-kurangnya empat peratus mempunyai bentuk normal,” katanya.

Beliau berkata kegagalan memenuhi mana-mana kriteria itu boleh menjejaskan peluang kehamilan secara semula jadi walaupun hubungan kelamin berlaku secara normal.

Mengulas punca masalah sperma, Dr Ahmad Zaki berkata faktor gaya hidup merupakan antara penyumbang utama yang boleh diubah, termasuk obesiti, tabiat merokok dan pendedahan kepada asap rokok.

 
Back
Top
Log in Register